"PAU 2015 Tidak Terjejas Tanpa Ucapan Tan Sri Muhyiddin"??? Eh! Lain macam pulak kenyataan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah ni. Dia dah buat 'Pusingan U' ke?
Kalau sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang tu dilihat duduk sebaris dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mempertikaikan soal integriti YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO.
Tapi dalam kenyataan yang dibuat semalam, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li kata, ketiadaan ucapan Timbalan Presiden tidak akan menjejaskan Perhimpunan Agung UMNO.
KUALA LUMPUR: Ketiadaan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2015) tidak akan menjejaskan perhimpunan itu.
Mengulas mengenainya, bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menegaskan ia hanya berbentuk perasmian.
Atas alasan itu, beliau berpendapat pimpinan parti berpendirian ucapan yang sebelum ini menjadi tradisi boleh dibuat ketua sayap masing-masing.
Katanya, apa yang penting pada perhimpunan itu nanti adalah ucapan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Ini semua ceremonial sahaja kerana apa yang berlaku adalah ucapan presiden yang akan dibincangkan. Itu yang penting sekali. Ucapan-ucapan orang lain berupa pandangan yang barangkali menambah tokok apa yang diucapkan Presiden dan memberi perkhabaran apa yang berlaku dalam parti dan negara,” katanya.
Ketika ditanya mengenai pelbagai insiden yang timbul sebelum PAU 2015, Ahli Parlimen Gua Musang itu menjelaskan ia bukannya drama. Sebaliknya, situasi yang berlaku adalah perubahan yang dirasakan pimpinan perlu dilakukan.
“Barangkali pimpinan rasa perlu dilakukan. Itu dia punya keputusan, jadi kita terima dengan terhormat. Jadi ada juga orang dalam parti demokratik berlainan pendapat sudah tentu akan ada pertelingkahan pendapat dalam soal ini,” katanya ketika ditemui selepas Forum Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan, di Universiti Malaya.
Maka kesimpulannya, memang tak salah la kalau ucapan Timbalan Presiden sewaktu Perasmian Sayap Pemuda, Wanita dan Puteri tu tidak ada. Jadi, kenapa pulak ada pihak yang meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal???
Betul lah apa yng dikata Ku Li,, Memanglah PAU 15 tak terjejas tanpa muhyiddin.. Kalau Yang Hadir semuanya Pak Lawak ... Kebanyakkan Pejuang Yang Ikhlas berada diluar UMNO sekarang ni... yang datang nanti semuanya YES MAN... otak telah diracun... :}
BalasPadamJangan buruk sangka bersangkabaik selalu.
PadamNi akhir zaman nye kisah. Klu dajjal bg pilihan antara api dan air, aku pilih api. Dan klu pilihan tu madu atau racun, aku pilih racun. Sebabnya sekrng zaman pitnah. Org byk dah tak dapat bezakan mne yg betul dan salah. Kita hanya ikut logik palsu. Kita hnya menilai dan nmpak busuk org lain tpi tk pernah ambek kisah bau pekong dalam diri. Kita rasa kita benar dan dipihak musuh, pun mendabik dorang yg benar. Jadi sapa yg sebenarnya benar? Hehe. Lagi satu masaalah org melayu ni dorang rasa dorang baik bila tak minum arak, berzina, membunuh, berjudi, rasuah tapi hari2 cerita keburukan orang yg betul dan tak betul. Kita tak sedar ke ni lagi terok berok. I m not Umno but support d present elected muslim leader.
BalasPadamUmno akan kekal releven kata najib
BalasPadamUmno akan menang pru 14 kata najib
BalasPadamUmno akan kekal releven kata najib
BalasPadam