Alahai!!! Kesian betul. Memang patut sangat la orang gelarkan Si Azmin Ali ni sebagai Menteri Besar Cap Ayam. Dah dapat jadi Menteri Besar pun dia masih jugak tak sedarkan diri.
Kalau sebelum ini, semua ke-GAGAL-an yang dihadapi oleh Si Azmin tu memimpin Negeri Selangor diletakkan diatas bahu orang lain. Semuanya kerana Si Azmin tu hidup dalam 'Denial Syndrome'.
Bila orang bangkitkan mengenai ke-GAGAL-an dia menguruskan pentadbiran Negeri, Si Azmin tu mesti akan salahkan kepimpinan mereka yang terdahulu. Termasuk la Si Khalid Ibrahim tu sekali.
Nampak sangat yang Si Azmin ni memang tidak mempunyai kemampuan sebagai seorang pemimpin. Apatah lagi untuk menjawat jawatan sebagai seorang Menteri Besar di negeri Selangor tu.
Kali ini pun, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu seolah - olah cuba untuk menutup ke-GAGAL-an dia sendiri dengan hanya memberikan alasan bertaraf LONGKANG semata - mata.
Sewaktu mengulas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar, Si Azmin Ali tu dengan tegas menyatakan, “Janji semua orang boleh janji... tapi ‘deliver’ itu soal yang berbeza".
Dari satu sudut, memang betul sangat apa yang dinyatakan oleh Si Azmin tu. Tapi, adakah kenyataan dia tu hanya merujuk kepada orang lain? Atau, dia turut menilai diri dia sendiri terlebih dahulu?
Si Azmin tu sedar atau pun tidak berapa banyak 'Janji' yang telah ditaburkan semenjak dia mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor tu? Atau, itu pun dia dah hilang ingatan?
Mana la tau. Kot - kot banyak sangat 'Janji' yang dibuat sehingga menyebabkan Si Azmin tu lupa. Jadi, tak salah kalau kita ingatkan dia semula dengan 'Janji - Janji' yang telah dibuat sebelum ini.
Mula - mula dulu, Si Azmin tu janji nak bersihkan Longkang di Selangor. Tapi sampai hari ni, longkang masih tersumbat sehingga menyebabkan banyak berlaku kes wabak denggi di Selangor.
Lepas tu, Si Azmin tu juga pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah Sampah Sarap yang bertaburan disekitar kawasan Selangor. Pun sehingga hari ini, janji tersebut masih tidak ditunaikan.
Kemudian, Si Azmin tu juga ada berjanji untuk menyelesaikan masalah Banjir Kilat yang sering melanda beberapa kawasan di Negeri Selangor, termasuk kawasan Kajang dan Shah Alam.
Malangnya, sampai hari ini Janji yang dibuat oleh Si Azmin tu masih juga tak nampak sebarang jalan penyelesaian. Banjir Kilat masih berlaku dikawasan - kawasan tersebut berulang kali.
Maka kesimpulannya, memang betul sangat la kata Si Azmin Ali tu. Rakyat sekarang dah tak berapa nak percaya dengan pemimpin dan juga parti Politik. Sebab dia sendiri pun GAGAL untuk memenuhi Janji yang telah dibuat. Jadi, tak payah la dia nak salahkan orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.