Rabu, Disember 09, 2015

Dek kerana terlalu 'Ghairah' nak memburukkan PAS dan mengaitkan parti itu dengan fahaman ektremis telah mengakibatkan Naib Presiden PAN ni berhadapan dengan tindakan undang - undang.

Baru - baru ini PAS Pulau Pinang telah membuat laporan polis ke atas Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang mendakwa PAS mempunyai hubungan dengan militan IS dan Al-Maunah.

Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata, kenyataan Mujahid itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab serta dilihat cuba memburukkan PAS sebagai sebuah parti Islam.
“Tuduhan Mujahid dan pemimpin PAN bahawa PAS mempunyai hubungan dengan militan IS dan Al-Maunah adalah tidak benar, PAS adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, harmoni dan keamanan.
“Kami di dalam PAS tidak membawa sebarang fahaman militan atau keganasan seperti yang didakwa mereka. Tuduhan itu memang berniat jahat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini Isnin.
Selain PAS, turut juga membuat laporan polis berhubung kenyataan Mujahid itu ialah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang yang diwakili Setiausahanya P. Asokan.

Sebuah portal berita baru-baru ini telah melaporkan kenyataan yang dibuat secara terang - terangan oleh Mujahid sebagai berkata PAS mempunyai kaitan dengan militan IS dan Al-Maunah.

Dalam masa yang sama, Peguam PAS juga katanya sedang membuat kajian dan tidak menolak sebarang kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Mujahid.

Terdahulu, dakwaan mengenai kaitan PAS dengan puak - puak Ekstremis itu telah ditimbulkan oleh Si Mat Sabu yang katanya telah menjadi lidah dan suara kepada puak - puak DAPigs.

Tapi apa yang herannya, kenapa puak - puak yang dah mengkhianati PAS tu masih lagi berahi nak memburukkan bekas parti mereka tu? Kenapa yang diorang marah sangat sampai sanggup menabur fitnah sedemikian rupa? Takkan diorang tak boleh lupakan 'Janda Lama'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping