Dah hilang akal ke Mufti Perlis ni? Sanggup ke dia biarkan MAKSIAT berkembang biak di Negeri Perlis tu? Atau, dia sekarang ni dah jadi 'Pejuang Liberalis' yang mengutamakan Kebebasan Hak Asasi?
Tatkala semua umat Islam mengutuk tindakan kumpulan G25 yang mahu mansuhkan tangkapan khalwat dirumah, tiba-tiba saja Mufti Perlis didalam laman facebooknya bertindak 'gila' dengan menyokong khalwat tu sebagai hak peribadi dan tak boleh diintip.
Dr Asri ni dah masuk geng G25 ke atau dia sebenarnya sengaja nak cari publisiti murahan lagi? Seluruh rakyat Malaysia dah sedia maklum dengan tabiat Mufti Perlis ni yang sangat suka untuk cari populariti dengan menongkah arus.
Asri kononnya berpegang kepada cakap Yusuf Al Qardawi yang tak benarkan orang ramai mengintip dan menganggu perbuatan berkhalwat didalam rumah. Tapi Asri lupa, banyak lagi cakap-cakap Yusuf Qardawi tu yang tidak boleh dipakai oleh umat Islam khususnya di Malaysia.
Persoalannya, Yusuf Qadrawi tu jauh lebih tinggi ke dari Al-Qur'an dan Sunnah? Sejak bila pulak Yusuf Qadrawi tu jadi 'Nabi' yang perlu dijadikan sebagai tempat rujukan seluruh umat Islam?
"Sebagai contoh, Yusuf Qardawi pernah kata demonstrasi jalanan adalah halal untuk membebaskan rakyat disesebuah negara. Itu kata Qardawi. Tetapi sebaliknya ada pula hadis yang menyuruh kita mentaati pemerintah dan melarang kita menderhaka selagi pemerintah tersebut mengamalkan ajaran Islam dan tidak menyuruh rakyatnya berbuat kemungkaran." dedah laman portal Utaranews.
Dan Yusuf Qardawi juga pernah mengatakan bahawa gelatin haiwan termasuklah babi adalah halal dan tak salah dimakan oleh umat Islam. Walhal didalam hukum Islam melalui keempat-empat mahzab telah menggariskan bahawa apa saja yang berkaitan dengan babi itu haram dimakan.
Dan dalam hal gelatin babi ini, Asri juga pernah bersetuju dengan Qardawi sehingga menimbulkan perbalahan dikalangan ulamak didalam negara. Disini nampak bahawa Asri terlampau mengagumi Yusuf Qardawi sehingga apa saja yang dicakapkannya dipakai mentah-mentah.
Jadi didalam soal tuntutan kebebasan untuk berkhalwat kononnya menghormati hak privasi ini, Asri sepatutnya berpegang kepada apa yang diajarkan oleh Islam melalui kitab.., bukannya tafsiran dari Yusuf Qardawi atau sesiapapun.
Kalau difikirkan secara waras sekurang-kurangnya, apakah umat Islam di Malaysia mahu menerima bala Tuhan apabila mengutamakan hak privasi untuk kebebasan melakukan maksiat melebihi garis hukum yang ditetapkan oleh Tuhan?
Maksudnya.....kalau nampak jantan masuk rumah betina kena diam aje lah.Jangan terhendap-hendap.Boleh subahatlah!
BalasPadamSEMUT hitam tk pernah rase kemut ke... ingatlah dosa dan pahala ditangan individu..
PadamJangan emosional sangat pasal dosa orang lain.
Tahukah anda fitnah itu dosanya lebih besar dari zina dan pembunuhan? Anda fitnah Mufti Perlis menghalalkan khalwat dirumah. Mufti Perlis meghalang pencerobohan.
Islam kata jangan menceroboh.
Anda ni orang Islam ke? Sanggup menfitnah Muffti Perlis?
Bagaimana nak halakan khalwat sedangkan istila itu pun tak adaa dalam quran?
Dijemput untuk khalwat dengan anak Dr Asri...dia tidak akan marah..walaupun anaknya bunting kelak...
BalasPadamApom anak dia bagus ka?
PadamMaksiat sembunyi sembunyi jangan sampai ketahuan. tobat ajer sendiri sendiri. Tak wajib juga pihak berwajib mencari tahu, atau memaksa ngaku.
BalasPadamTp jika sampai ketahuan, wajib yg tahu mencegahnya.
MAZA sebagai Mufti patut cadangkan supaya Majlis Agama Islam Perlis mansuhkan kesalahan khalwat.
BalasPadamYang takde ilmu tu jangan belebihan...senyap tak bermakna setujukan...
BalasPadamapa nak heran...jgn kata khalwat kat rumah...liwat dan makan ais krim pun boleh buat dirumah....kan?
BalasPadamperbuatan khalwat adalah salah mengintip org berkhalwat juga adalah salah.. kebanyakan org yg melenting dgn kenyataan g25 ialah org yg tak faham agama manakala org yg faham agama rilek je..
BalasPadamKhalwat walau di mana2 pun adalah salah. Bersalam dengan bukan muhrim pun haram, inikan pula berkhalwat...
BalasPadamBersalam dengan bukan muhrim pun haram, inikan pula berkhalwat.
BalasPadam