Ahad, Januari 31, 2016

"Al Kisah... Toiyib! Al Kisah maka tersebut la kisah... Toiyib! Al Kisah Ikan Belanak Mati Berjemaah dekat Beserah... Taiyob!!!"

Hehehe!!! Terasa geli hujung ginjal bila ada pihak yang nak tunjuk pandai bercerita mengenai isu Ikan Belanak mati di Sungai Tonggak tu. Nampak sangat orang tu sendiri pun tak tau apa - apa.

Mula rasanya malas sangat nak tulis cerita pasal Ikan Belanak ni. Tapi dek kerana ada jugak penyokong PKR yang DUNGU mempertikaikannya, kita cerita jugak la serba sedikit mengenainya.

Mungkin Si Penulis Blog AmenoWorld tu tak baca kenyataan yang dibuat sendiri oleh beberapa orang penduduk disekitar kawasan yang dimaksudkan. Maka sebab itu dia tak tau ceritanya.

Akhirnya artikel yang ditulis hanya menjadi bahan lawak semata - mata walaupun pada hakikatnya dia nak tunjuk yang dia 'Pandai Sangat' dengan menjadikan isu tu sebagai bahan lawak.

Kalau ikut laporan yang disiarkan dalam Sinar Harian sebelum ini, seorang wakil penduduk dikawasan Sungai Tonggak tu kata dia sendiri pun tak pasti mengenai punca kematian Ikan Belanak tu.
Saya sendiri tak pasti punca kejadian ini tapi tak tolak kemungkinan ia disebabkan pencemaran sisa kimia dari kilang di sekitar kawasan Gebeng, di sini,” katanya.
Nah! Pakcik tu sendiri kata dia pun tak tau punca asal kematian Ikan Belanak tu secara berjemaah. Jadi, bagaimana mungkin punca kematian itu disebabkan 'Pencemaran Bauksit'?

Itu cerita dari wakil penduduk setempat. Cerita seorang lagi penduduk dikawasan tersebut, kejadian Ikan Belanak tu mati di Sungai Tonggak tu adalah kali kedua sejak empat tahun lepas.
"Kejadian semalam kali kedua berlaku sejak empat tahun lalu tetapi kali ini keadaannya lebih teruk apabila jumlah ikan yang mati sangat banyak," katanya.
Nah! Kalau nak dikaitkan dengan isu pencemaran bauksit, bagaimana pulak Ikan Belanak tu mati berjemaah EMPAT TAHUN lepas sedangkan bauksit di Kuantan bermula DUA TAHUN lepas?

Kan nampak sangat tak masuk akal? Kalau ikut kata Pengerusi Nelayan dikawasan tu pulak, dia sendiri tak tau mengenai kejadian yang berlaku. Malah dia sendiri pun tak pasti ianya akibat bauksit.
Dalam hal ini, saya tak boleh cakap kejadian ikan mati itu disebabkan oleh sisa bauksit. Biar pihak berkenaan buat siasatan dulu dan kalau betul hidupan laut telah tercemar sudah pasti mereka (Jabatan Perikanan) akan buat kenyataan,” katanya.
Nah! Berdasarkan kepada ketiga - tiga testimoni dari penduduk disekitar kawasan tu sendiri pun membuktikan bahawa kematian Ikan Belanak tu secara berjemaah bukan berpunca dari pencemaran Bauksit. ATAU mungkin, Si Amenoworld pun anggap diorang ni BODOH juga!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Take kiralah APA puncanya sama ada sebab bouksit ataupun sebab pencemaran bahan kima kilang ...yang pastinya tiada penguatkuasaan undang2 bagi mencegahnya. Sama ada mereka yg diamanahkan ini buta ataupun telah dibutakan mata hatinya oleh limpahan Wang ringgit yg disogokan oleh towkey2 yg bertuhankan RM.

    BalasPadam
  2. Kenapa setelah 2 tahun baru nk hentikan kerja² melombong? Selama nie penguatkuasa buat apa? Itupun setelah penduduk mengamuk n berlaku perselisihan dgn pengusaha n pemandu lori. Belum lagi byk kes kemalangan yg melibatkan lori bauksit yg meragut nyawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa lepas 2 tahun baru orang nak bising? Kenapa sebelum ni semuanya pakat senyap belaka? Dan yang peliknya, diorang mula bising pun selepas sekumpulan 230 orang datang berjumpa dengan MB tak dapat kebenaran untuk mohon lesen. Sebelum ni, takde masalah apa pun.

      Padam
  3. Kenapa setelah 2 tahun baru nk hentikan kerja² melombong? Selama nie penguatkuasa buat apa? Itupun setelah penduduk mengamuk n berlaku perselisihan dgn pengusaha n pemandu lori. Belum lagi byk kes kemalangan yg melibatkan lori bauksit yg meragut nyawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa lepas 2 tahun baru orang nak bising? Kenapa sebelum ni semuanya pakat senyap belaka? Dan yang peliknya, diorang mula bising pun selepas sekumpulan 230 orang datang berjumpa dengan MB tak dapat kebenaran untuk mohon lesen. Sebelum ni, takde masalah apa pun.

      Padam
  4. Kenapa setelah 2 tahun baru nk hentikan kerja² melombong? Selama nie penguatkuasa buat apa? Itupun setelah penduduk mengamuk n berlaku perselisihan dgn pengusaha n pemandu lori. Belum lagi byk kes kemalangan yg melibatkan lori bauksit yg meragut nyawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa lepas 2 tahun baru orang nak bising? Kenapa sebelum ni semuanya pakat senyap belaka? Dan yang peliknya, diorang mula bising pun selepas sekumpulan 230 orang datang berjumpa dengan MB tak dapat kebenaran untuk mohon lesen. Sebelum ni, takde masalah apa pun.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping