Ahad, Januari 31, 2016

"Hello Sirul. Hello. Hello Sirul??? Hellooo!!!" Hehehe! Teringat pulak watak yang dimainkan oleh Allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P. Ramlee tu.

Memang sebijik dengan apa yang telah dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu sewaktu dia cuba nak menipu rakyat secara terbuka melalui sidang akhbar yang dia sendiri aturkan sebelum ini.

Malangnya, ada jugak orang yang percaya dengan pembohongan Si Mahfuz Bean tu sampai sanggup menjadikan ianya modal Politik untuk menyerang Perdana Menteri secara peribadi.

Tapi apa boleh buat. Manusia hanya merancang. Dan kebenaran itu pasti akan terserlah jua. Akhirnya orang yang dipergunakan oleh Si Mahfuz Bean tu sendiri yang londehkan seluar dalam mereka.

Pengakuan yang dibuat oleh Sirul ini membuktikan bahawa cerita yang sebelum ini telah dijaja oleh Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar satu pembohongan yang dilakukan secara terbuka.

Persoalannya, sebagai umat Islam, apa yang patut dilakukan oleh Si Mahfuz Bean dan mereka yang telah menjaja cerita terhadap Perdana Menteri? Perlu ke mereka meminta maaf atau terus mendiamkan diri? Itu korang sendiri fikirkan la ye!!!
PETALING JAYA: Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Menerusi satu video berdurasi 55 saat, bekas komando polis itu dilihat duduk dengan mengenggam kedua-dua tangannya.

"Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan seseorang. Saya tidak pernah diajar atau diasuh untuk memfitnah seseorang. Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu.

"Dan saya lafazkan di sini, Wallahi... Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dengan kes ini," katanya.

Ia merupakan video ketiga Sirul bersuara mengenai kes pembunuhan Altantuya.

Menerusi video pertama, Sirul berkata, terdapat pihak berkepentingan yang cuba mensabotaj seseorang, tetapi tidak menyatakan sebarang nama.

Video kedua menunjukkan Sirul mendedahkan "wanita", yang merujuk kepada Altantuya, tidak mengandung..
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Lepas pengakuan berani mati Sairul ni, jangan terperanjat, mesti dia akan balik Malaysia dan disambut sebagai hero di KLIA. Pangkatnya akan naik, mungkin jadi OCPD. Inilah ganjaran keberaniannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu PHD. Kita kena berhasad dengki dalam hal ini. Budaya kitakan. He he he... hanya Melayu yg jatuhkan Melayu.... bagai ketam dalam bakul, bakul itu tak petlu ditutup kerana jika ada ketam yang nak keluar ketam yang lain akan tarik ke bawah!

      Padam
  2. Itu adalah balasan nya semasa hidup didunia di akhirat nanti mungkin lebih baik lagi insyallah. Moga-moga orang yang menginginkan supaya orang lain susah hidup tidak dimakbulkan Allah doa mereka yang tidak sihat itu.

    Ingatlah seorang Muslim adalah mereka yang menjaga supaya Muslim yang lain terselamat daripada fitnah yang boleh dilakukan olih lidah dan perbuatannya sendiri. Sifat iblis syaitan adalah pendendam dan kerana sifat yang tercela itulah yang mengakibatkan Azazil yang dahulunya ketua malaikat telah dilaknat ALLAH menjadi Iblis sehingga hari Kiamat kelak.

    BalasPadam
  3. Kalau dato najib tidak terlibat arahan siapa kamu terima yg suruh bunuh altantuya. Apa pun pembunuh tetap pembunuh yg mengambil nyawa manusia dgn zalim. Adalah lebih elok sirul dedahkan siapa org nya yg bertanggungjawab mengadakan konspirasi memfitnah dato najib.

    BalasPadam
  4. Cher juloq lidah hang kluaq.berchabang tak? Usah tabor fitnah dan cipta spekulasi persepsi dusta....

    BalasPadam
  5. Dengan pengakuan Sirul tu, sesungguhnya Najib x terlibat. Yg terlibat mungkin yg memfitnah itu, kalau tidak bagaimana mereka boleh menuduh Najib? Kenapa x tudah orang lain? Sebab mereka Nak Najib turun mcm Pak Lah? Tabik Sirul kerana berani berkata benar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping