Khamis, Januari 14, 2016

Heh! Nasib la. Inilah bahananya bila suka sangat main 'Kayu Tiga'. Penyudahnya dia sendiri jugak yang terpaksa tanggung azab. Tapi, semua tu salah dia jugak. Bukannya salah orang lain.

Yang dia nak sangat main 'Kiri Kanan, Depan Belakang' sapa suruh? Habis semua dia nak sapu, agak - agak la. Tapi, dek kerana nak kekalkan kedudukan, maka terpaksa la dia bertindakan sedemikian.

Umum dah mengetahu pendirian Si Menteri Besar Selangor ni terhadap pembentukan Pakatan Haprak tu. Dia sejak dari mula lagi tak berapa setuju sebab Pakatan tu menyingkirkan PAS.

Jadi, tak heran la sekiranya dalam masa terdekat ni akan wujud satu tekanan yang cukup besar dari kalangan puak - puak DAPigs mendesak agar Si Menteri Besar Selangor ni menyingkirkan PAS di Negeri tu.

Ianya disebabkan prinsip "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" yang digunapakai sebelum ini tidak lagi diiktiraf puak - puak Pakatan Haprak baru tu selepas mereka menandatangani perjanjian.

Tindakan itu secara lansung turut memberikan 'manfaat' yang cukup besar kepada puak - puak DAPigs selaku "Abang Besar" dalam Pakatan. Begitu juga pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi ni

Dia berpendapat Menteri Besar Selangor tu bakal ditekan oleh puak - puak DAPigs supaya tidak menggunapakai prinsip tersebut di dalam pentadbiran Negeri yang turut dianggotai oleh PAS.

Sallehin yang juga bekas exco kerajaan negeri turut berkata demikian sebagai mengambil kira pengalaman yang terpaksa dilalui oleh PAS sewaktu di dalam pentadbiran negeri sebelum ini.
"Saya boleh agak... Dalam soal mendesak pun, sebelum ini DAP pun pernah mendesak keluarkan PAS daripada pentadbiran kerajaan negeri, sebagaimana Lim Guan Eng minta suatu ketika dahulu. Namun atas keprihatinan MB terhadap keperluan mempertahankan legasi Pakatan Rakyat dahulu yang tidak ada apa-apa masalah. 
"Saya percaya bahawa MB kemungkinannya menerima tekanan dalam hal itu. Dan PAS bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku di Selangor," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Mahu Azmin tegas dalam pentadbiran tanpa mencampuri perihal perjanjian itu, Sallehin turut mengingatkan pendirian Menteri Besar yang sebelum ini tidak mengisytiharkan Pakatan Haprak tu di Selangor.
"Sebagaimana kenyataan Azmin bahawa tiada tempat PH di Selangor, sebaliknya PR sebagaimana parti-parti yang menang pada PRU-13, pada saya tidak timbul soal PH dalam konteks pentadbiran negeri," ujarnya. 
Sallehin berkata demikian sebagai mengulas perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani pada Sabtu lalu di antara PKR, DAP dan juga parti "Periuk" pimpinan Mat Sabu.

Pokok pangkalnya, semua masalah itu dibuat sendiri oleh Si Azmin tu. Hari tu, dia juga yang sibuk nak berebut kerusi jawatan Menteri Besar Selangor tu. Sekarang, bila dia dah tak dapat nak tidur malam, jangan dia meroyan tak tentu arah pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping