Rabu, Januari 13, 2016

Heh! Tipikal. Maknanya selama hari ini, Si Betina DAPigs ni buat kerja bukan la kerana dia ikhlas nakbantu rakyat. Sebaliknya, ada agenda lain yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan orang.

Kalau selama ini kita kata DAPigs merekrut Balaci - Balaci Melayu untuk memancing sokongan, ramai yang tak percaya. Mati - mati diorang kata itu hanya spekulasi semata - mata. Sekarang tembelang diorang dah pecah.

Dan kawasan yang menjadi sasaran mereka ialah kawasan yang ditandingi oleh PAS sebelum ini. Maka sebab itu diorang pancing Balaci yang cantik untuk menggoda pengundi - pengundi PAS.

Tahun lepas, DAPigs dah buat pengumuman bakal bertanding di 8 daripada 15 kerusi PAS di Selangor pada PRU14 dengan alasan kononnya kerana ia merupakan "kawasan campuran".

Antara yang menjadi tumpuan utama ialah kerusi DUN Taman Templer dan DUN Dusun Tua pada ketika ini disandang calon PAS Zaidy Talib, yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor dan Razaly Hassan.

Rara dilantik sebagai penyelaras DAPigs untuk DUN Dusun Tua, di bawah Parlimen Hulu Langat sementara seorang lagi dilantik sebagai penyelaras bagi DUN Taman Templer di bawah Parlimen Selayang.

Sebagai penyelaras, kedua-dua mereka merupakan wakil rasmi DAPigs untuk kawasan berkenaan. Secara tradisinya, DAPigs meletakkan penyelaras sebagai calon untuk menghadapi Pilihan Raya.

Rancangan itu didedahkan selepas DAPigs menjadi sasaran kemarahan Melayu-Islam selepas kajian yang dibuat mendapati dua pertiga responden merasakan parti itu Anti Islam, Anti Melayu dan hanya menjaga kepentingan Cina.

Kajian itu dilakukan pada November terhadap 1,716 responden Melayu di Selangor dan peningkatan sentimen anti DAPigs sebahagian besarnya disebabkan perbalahan diantara parti itu dengan PAS. 

Namun, bakal calon yang telah dikenali pasti itu bagaimanapun tidak mahu mengesahkan lagi pemilihan mereka. Takut kalau diorang berkokok awal - awal nanti, nama tak sangkut pulak. Buat kerja macam Barua, tapi penyudahnya jadi Macai je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping