Rabu, Januari 13, 2016

Alahai!!! Jumudnya pemikiran puak - puak Pakatan Haprak ni ek. Nampak sangat dalam kepala otak diorang tu penuh dengan sampah. Maka sebab itu diorang selalu buat kerja pandir.

Semalam, kecoh dalam media sosial, terutama sekali dalam aplikasi Whatsapp mempertikaikan mengenai tindakan pihak SPRM menahan seorang Naib Ketua Pemuda UMNO.

Yang paling kecoh sekali tentunya dari kalangan puak - puak Pakatan Haprak tu dengan menuduh kononnya UMNO dan Rasuah ni tak boleh nak dipisahkan. Macam la diorang baik sangat.

Hakikatnya, SPRM tahan Pegawai PTG tu untuk tujuan siasatan. Belum lagi didakwa dia menerima rasuah atau apa kesalahan pun. Kes tak masuk mahkamah lagi, dah ada yang buat tuduhan.

Lagi pun, pihak SPRM tu tahan "Pegawai PTG", bukannya dia tahan 'Ahli UMNO'. Kalau nak diikutkan, ramai lagi yang kena tahan. Tapi kenapa tak semak keahlian diorang dari parti mana?

Secara tidak lansung, tindakan pihak SPRM menahan Pegawai PTG tu membuktikan ketelusan Kerajaan dalam menangani rasuah. Tahan tak kira sapa atau dari parti Politik mana sekali pun.

Setidak - tidaknya, takde la macam PKR yang sanggup berdiam diri bila ada dikalangan mereka yang didakwa melakukan penyelewengan kuasa. Nak pulak pemimpin diperingkat tertinggi.

Masa kempen pemilihan parti hari tu, sikit punya banyak salah laku dilaporkan. Penyelewengan pun banyak juga didedahkan. Tapi, apa tindakan yang diorang ambik? Diam gitu jugak.

Sekarang pun, bila ada yang buat pendedahan mengenai penyelewengan tender balak dan penyalah-gunaan Dana Rakyat berjumlah berpuluh juta ringgit, masing - masing buat senyap je. 


Sebaliknya, orang yang membuat pendedahan tu pulak dipanggil mengadap Jawatankuasa Disiplin supaya dapat di 'Tutup Mulut' mereka. Itu yang puak - puak PKR ni nak banggakan sangat?

Pokok pangkalnya, puak - puak Pakatan Haprak ni tak payah nak bangga sangat la mendakwa kononnya diorang ni "Bersih". Yang kes pemimpin parti terlibat dalam isu bauksit ni kenapa diam? Yang penyokong dok pajak tanah kepada pengusaha Haram tu, takkan nak pejam mata je!!!

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping