Sabtu, Januari 09, 2016

Wah!!! Ini macam la baru betul. Baru la orang tak labelkan dia sebagai Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja. Takde la orang kata dia ni setakat pandai bercakap dan meroyan tak tentu arah je.

Setidak - tidaknya, takde la orang kata yang dia hanya sekadar 'Melepas Tangan' apabila ada dikalangan rakyat kawasan dia yang terpaksa kebuluran kerana hilang pendapatan selama 3 bulan.

Mungkin selepas ini, Ahli Parlimen yang "komited" menjaga kebajikan serta memelihara kepentingan rakyat ni boleh mengambil insiatif untuk menanggung sara hidup 300 buah keluarga ini.

Dalam satu kenyataan semalam, katanya semua pemandu - pemandu lori bauksit tu mengadu diorang tak boleh nak menjalankan kerja seperti biasa kerana dihalang oleh pihak berkuasa.

Turut dilaporkan, sebanyak 300 buah lori mengangkut bauksit ini telah dihalang dan terkandas akibat keputusan yang buat oleh pihak Kerajaan bagi menggantung lesen pengeluaran.

Kalau dikira secara logik akal, 300 buah lori bersamaan dengan 300 orang pemandu, seorang bagi setiap sebuah. 300 orang pemandu bermakna ada 300 keluarga yang hilang mata pencarian mereka.

Itu pemandu lori. Belum campur 150 keluarga peneroka yang terjejas akibat penggantungan lesen tu. Mungkin diorang pun boleh jugak daftar nama kat pejabat Si Ahli Parlimen ni untuk dapatkan bantuan bulanan.

Jadi, bagi mereka yang berkenaan, jangan risau. Dan tentu - tentu Si Ahli Parlimen yang "berdedikasi" ini sanggup menanggung semua perbelanjaan harian mereka selama 3 bulan.

Kalau lapar, boleh pergi ke pejabat dia. Hari - hari ada dihidangkan nasi dan lauk percuma. Kalau anak nak pergi sekolah, jangan lupa singgah di pejabat dia dulu untuk ambik duit poket sekolah.

Kalau segan nak pergi ke pejabat pun tak pe. Diorang boleh juga pergi ke Tunas Manja. Ambik je barang yang diorang nak pakai sebulan. Lalu kat kaunter, sebut je nama Si Ahli Parlimen tu.

Nanti hujung bulan Ahli Parlimen tu bayar. Apa susah? Semua dia boleh tanggung. Lagi pun, bukan ke selama ini Macai dia selalu kata yang Si Ahli Parlimen tu seorang yang 'Mengambil Berat' terhadap rakyat? Jadi sekarang, buktikan la. Jangan setakat pandai cakap je!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Bangang punya penulisan.. Dah macam planet Marikh punya debu pun masih buta untuk memahami isu pencemaran. Tahap bangkai punya pemikiran.

    BalasPadam
  2. mana nan cicak kobing.cicak kobeng sekarang

    BalasPadam
  3. perompak,pembuat air ketum,pengedar dadah dan perasuah semua tu dah hilang pendapatan akibat dihalang pihak berkuasa.
    dah hirup debu bauksit banyak sangat...sampai otak pun dah tak berfungsi. punyalah kerja drebar melambak. bukannya guna degree pun.....

    BalasPadam
  4. Banyak lagi kerja Dan projek lain until pemandu tersebut. Jangan lah kita menggadaikan nyawa penduduk setempat yang jumlahnya ratusan ribu semata mata until menjaga pendapatan 300 orang pemandu ini. Ini belum lagi jumlah kerugian yg terpaksa ditanggung oleh pihak PBT Dan lain2 jabatan untuk menbaikpulih d
    Kerosankan akibat daripada aktiviti bouksit ini. Daripada penulisan admin tentang aktiviti bouksit ini nampak macam ada yang disebalik Batu je!!!

    BalasPadam
  5. 300 + 150 = 450 orang bersama keluarga yang terjejas. Macam mana pulak dengan berjuta orang Pahang Kuantan yang terjejas disebabkan bauksit ini? Tak payah peduli ke?

    Macam mana pulak dengan nasib anak cucu dan kesan jangka panjang bila Kuantan habis tercemar??

    Jangan kerana 450 orang nak dihalalkan pulak pencemaran ni.

    Memang betul macam cakap anon dekat atas tu..Ini penulisan BANGANG!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping