Sabtu, Januari 09, 2016

Hahaha!!! Nampak gayanya, Si Ketua Penipu tu tak henti - henti dimalukan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu secaraterang - terangan walaupun kini dia sedang meringkuk didalam penjara.

Selepas sekian lama Si Ketua Penipu tu menerajui Pakatan Haramjadah tu sebelum ini, hari ini idea dia dalam menjalinkan kerjasama diantara parti - parti pembangkang tu telah di-Tong-Sampah-kan.

Jika dulu, puak - puak Pakatan Haprak tu menggunakan asas konsensus atau kesedaran untuk mengamalkan dasar 'Setuju Untuk Tidak Bersetuju' bagi menjalinkan kerjasama Politik.

Hari ini, asas kepada konsensus itu tidak lagi diguna-pakai apabila ianya dibuang sewaktu puak - puak Pakatan Haprak tu menanda-tangani perjanjian bagi membentuk Pakatan Baru.

Perkara itu diumumkan oleh Si Rafizi dalam satu kenyataan media yang dibuat hari ini sambil menjelaskan Fasal Pertama yang menghuraikan prinsip dalam membuat sebarang keputusan.
"Fasal pertama telah digunakan sejak 1999 iaitu sebarang keputusan Majlis Presiden adalah berdasarkan konsensus ketiga-tiga parti yang diputus secara bersama dan ia adalah mengikat.

"Maka untuk jawapan kepada persoalan paling besar yang sering ditanya sebab ketiga-tiga parti setuju untuk tidak bersetuju tidak lagi dipakai dalam Pakatan Harapan," katanya ketika pembentangan Perjanjian Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, sebarang pelanggaran keputusan bersama dikira sebagai perlanggaran perjanjian berkenaan.

"Pada masa yang sama, kita mengakui ketiga-tiga parti ini mempunyai asas perjuangan yang berbeza dan bebas mengambil dasar dan keputusan politik sendiri. Asalkan tidak melanggari perjanjian dan keputusan bersama yang kita tandatanganu hari ini atau keputusan Majlis Presiden pada masa akan datang," katanya.
Secara tidak lansung, kenyataan itu membuktikan bahawa dasar yang telah diguna-pakai oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini jelas tidak memberi kesan kepada pembentukan Pakatan Haprak tu.

Maknanya, idea dia memang tak boleh pakai. Tu pasal la Pakatan Haprak tu jadi kucar kacir. Itu pun belum lagi diorang dapat kuasa memerintah Negara. Dah beramuk sesama sendiri. Bayangkan kalau diorang dapat kuasa. Mau jahanam Negara dibuatnya!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping