Jumaat, Januari 29, 2016

Heh! Kalau kita kata dia ni Cap Ayam, nanti Macai dia marah. Kalau kita kata dia Pak Pandir pun, diorang marah juga. Tapi nak kata apa lagi. Memang kerja pandir tu jugak la yang dia buat.

Kalau sebelum ini, Si Menteri Besar Cap Ayam tu kata Rejim Pakatan Selangor tu nak buat kajian terhadap bekalan air yang nak disalurkan dari Pahang ekoran timbulnya isu bauksit di Kuantan.

Perkara itu kita dah jelaskan sebelum ini dimana kedudukan empang dan air sungai yang nak disalurkan ke Selangor tu takde kaitan pun dengan isu bauksit yang dibangkitkan di Kuantan.


Tapi memandangkan Si Menteri Besar Cap Ayam tu nak jugak berniat untuk mengelirukan rakyat, maka itulah yang dilakukannya, memperbodohkan rakyat dengan kenyataan Pandir sedemikian rupa.

Hakikatnya semua orang tau yang kedudukan geografi dan topografi empangan dan aliran sungai yang nak dibekalkan ke Selangor tu dari kawasan Pahang Barat. Bukan Pahang Timur.

Perkara yang sama juga turut dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang, Dato' Sri Mohd Soffi Abdul Razak dalam kenyataan yang disiarkan semalam.

Katanya, air yang nak dibekalkan ke Negeri Selangor tu berpunca dari sekitar kawasan Pahang Barat seperti Bentong dan Raub yang mana kedudukannya 'JAUH' dari Kuantan.
“Air ini ditakung di Empangan Kelau sebelum dilepaskan ke Sungai Semantan dan dipam ke terowong yang menyalurkannya ke Sungai Langat. Isu bauksit tidak ada kena-mengena kerana ia kawasan tadahan berbeza.
“Untuk menjual air, kami lakukan ujian di Empangan Kelau. Di loji air Mempateh juga ada operator Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melakukan ujian.
“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga akan melakukan ujian terhadap air yang diterima dari Pahang. Jadi saya tidak nampak ada keperluan untuk mengkaji semula perjanjian kerana semuanya sudah teratur,” katanya seperti yang dilaporkan Pahangku Media.
Mungkin Si Menteri Besar Cap Ayam tu ingat rakyat di Malaysia ni se-BODOH dia gamaknya. Mungkin dia ingat, rakyat Malaysia ni senang nak diperlekehkan macam Macai Pakatan.

Apa yang jelas, kenyataan Si Menteri Besar Cap Ayam tu bukan sahaja membuktikan bahawa dia mempunyai niat buruk terhadap Kerajaan Negeri Pahang. Tapi dalam masa yang sama mem-BODOH-kan diri dia sendiri depan orang ramai!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Pahang tak perlu jual air kat Selangor kalau mb dia tak mahu. Biarlah dia korek air kat mana2. Rakyat Selangor pun OK je sebab tu diaorang pilih puak2 ni memerintah. Tisu kan banyak jual untk lap berak!

    BalasPadam
  2. MB ni tak dungu.
    Dia buat kerja amik hati pengundi senyap-senyap.
    Taklah macam pemakan dedak - macam ayam, bertelor sebijik,
    riohnya sekampong.
    Tanyalah orang Selangor, semua berpuas hati duduk di bawah
    kerajaan PKR.

    BalasPadam
  3. dia takut air dari pahang merosak dan mencemar penjualan AISKERIM dia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping