Jumaat, Januari 29, 2016

Hehehe!!! Kesian betul tengok nasib malang yang menimpa Si Zuraidah Mak Lampir ni. Sampai hati sungguh orang buat dia jadi sedemikian rupa. Tak berperikemanusiaan lansung.

Kalau sebelum ini, anak kepada Si Ketua Penipu tu menerima nasib yang sama, telah dihalang oleh pihak Imigresen kerana dihalang memasuki Negeri Sarawak atas arahan Kerajaan.

Sampai tahap berguling - guling dia depan lapang terbang Kuching hari ni gara - gara dihalang memasuki Negeri Sarawak dibuatnya. Kesian betul. Tapi, itu semua bukan salah orang lain.

Sebaliknya salah dia sendiri. Kot selama hari ni pun, pemimpin dikalangan Parti Keluarga Rosak tu bukannya tau buat kerja lain selain dari menabur fitnah terhadap orang lain je kerjanya.

Tambahan pulak, bukan ke selama hari ini, puak - puak PKR tu jugak yang beria - ia memukul canang, mendesak agar Kerajaan Sarawak diberikan lebih banyak kuasa autonomi?

Walhal, apa yang dikuat-kuasakan oleh Kerajaan Sarawak tu dengan menghalang kemasukan Si Mak Lampir tu juga sebahagian dari kuasa Autonomi mereka. Maka, apa yang nak dikecohkan sangat?

Sebagai Tuan Rumah, Kerajaan Sarawak ada kuasa untuk menghalang mana - mana pihak mengotorkan pemikiran rakyat mereka. Lagi pun, apa benda yang Si Zuraidah Mak Lampir tu nak buat di Sarawak? Takkan dia datang setakat nak makan Terubuk Masin pulak!!!
KUCHING: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menjadi pemimpin pembangkang terbaru yang dihalang memasuki Sarawak apabila beliau ditahan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini. 
Pegawai imigresen memberitahu ahli Parlimen Ampang itu tidak dibenarkan masuk ke Sarawak selepas memeriksa statusnya dengan pejabat ketua menteri. Tiada alasan diberikan. 
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha, yang sedang dalam perjalanan bersama Zuraida dibenarkan masuk. Zuraida berada di Kuching hari ini untuk bertemu 6 calon Wanita PKR yang berpotensi bagi pilihan raya Sarawak akan datang. 
Tetapi pengharaman Zuraida tidak menghalang beliau daripada menemui 6 individu berkenaan – Voon Shiak Ni, Nur Hanim Moksen, Norina Utot, Elia Bit, Athina Sim dan Jamilah Baharuddin. 
Mengesyaki pemimpin wanita itu mungkin dihalang daripada memasuki Sarawak, keenam-enam mereka membeli tiket penerbangan supaya dapat bertemu dengannya di ruang berlepas lapangan terbang itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping