Sabtu, Februari 20, 2016

Heh! Ini la yang orang kata IRONIK. Dulu, diorang jugak yang dok bising, kecoh pasal isu Bangla di Cameron Highland dan mendakwa kononnya ada 30 ribu orang pekerja asing kat atas tu.

Semuanya hanya kerana diorang siarkan tajuk yang GEMPAK untuk melariskan jualan. Bila ditegur, tajuk yang disiarkan tu tak kena dengan situasi, puas diorang meroyan tak tentu arah.

Orang kata, perkataan 'DITAWAN' tu tak sesuai untuk digunakan kerana ianya seolah - olah menggambarkan keadaan di Cameron Highland tu dikuasai sepenuhnya oleh warga Bangla ni.

Tapi diorang tak nak terima teguran. Sebaliknya diorang kata, pihak yang memberi teguran tu yang tak boleh terima kritikan dan cepat sangat melatah. 

Diorang tetap juga kata ada 30 ribu orang Bangla kat atas sana tu. Bila MKN ambik tindakan, askar turun, tak sampai pun 10 ribu orang.

Sekarang, bila orang sibuk cerita pasal 1.5 juta Bangla yang nak diimport, kenapa diorang tak buat tajuk "Malaysia Di Tawan 1.5 Juta Bangla"? Tak ke GEMPAK kalau diorang guna tajuk tu?

Baru la ramai orang beli. Baru ramai orang akan baca. Takde la penyudahnya orang jugak pening bila pihak Kerajaan hari ni kata, 1.5 juta Bangla tu bukan semuanya diimport ke Malaysia.

Seperti yang kita katakan sebelum ini, yang menjadi isu bukan sebab rakyat tempatan tak nak kerja. Tapi sebab pihak yang buat tuntutan untuk import pekerja tu yang tak nak ambik orang tempatan.

Banyak la alasan diorang bagi. Pekerja Tempatan ni MALAS la, banyak SONGEH, tak cukup modal nak bayar. Hakikatnya, semua tu hanya alasan mereka yang menjadi 'Pemain Utama' tu je.

Yang sebetulnya, diorang yang tak nak bayar gaji minima yang telah ditetapkan sebanyak RM 1,200 kepada pekerja tempatan tu. Diorang lebih suka bayar RM 600 kepada pekerja asing.

Bagi diorang, dari bayar seorang pekerja tempatan sebanyak RM 1,200, baik diorang bayar RM 600 untuk pekerja asing yang diimport dari luar. Setidak - tidaknya dapat jugak dua orang pekerja.

Itu isu utamanya. Dan kebanyakkan 'Pemain Utama' ni terdiri dari kalangan Chauvanist yang selama hari ini menyokong puak - puak DAPigs tu. Tapi kenapa isu tu takde orang nak bangkitkan? Tak nak pulak diorang GEMPAK-kan cerita macam tu!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. sukarnya pemerintah membuat keputusan selagi ada pembangkang yang tabiatnya suka membangkang segala2nya walaupun ia untuk kebaikan..membangkang tanpa alasan atau pilihan hanya untuk kepentingan politik pembangkang yang bangkrap idea..itu belum pun memerintah..

    BalasPadam
  2. pan kan ada. mereka blh selesaikan sbb mereka progresif dan peduli.

    BalasPadam
  3. Boleh bagi gaji minima, tapi lepas tu harga melambung naik. Peniaga nak cover gaji pekerja. Rakyat mula melalak.

    Pasal nak kurangkan harga, terpaksa panggil warga asing. Inilah telan mati Mak luah mati bapa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping