Ahad, Februari 21, 2016

"BAIK BUAT BAUKSIT DARI TANAM SAWIT"!!! Demikian kenyataan yang telah dikeluarkan oleh salah seorang Peneroka Felda dikawasan Bukit Goh, Kuantan baru - baru ini.

Razak Abdullah, 52 tahun merupakan salah seorang dari 248 peneroka Felda Bukit Goh yang secara terbuka menyatakan bahawa beliau terlibat secara lansung dalam isu Bauksit ini.

Bagi beliau, tindakannya memajak ladang kelapa sawit kepada pengusaha bauksit sebelum ini tidak merugikan. Malah ianya memberikan keuntungan jangka masa pendek buat peneroka.
"Saya rasa tidak rugi. Sebab, duit bauksit ini lebih kepada keuntungan jangka masa pendek. Kalau ladang (kelapa sawit), keuntungannya pula dalam jangka masa panjang. 
"Dan, saya rasa sekarang ini, lebih baik peneroka terlibat dengan bauksit daripada tanam kelapa sawit," katanya. - seterusnya...
Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan Bauksit digambarkan seolah - olah mendapat bantahan dari seluruh penduduk termasuk peneroka - peneroka Felda dikawasan Bukit Goh itu sendiri.


Hakikatnya, yang dok buat bising ni kebanyakkannya orang luar. Diorang pulak yang sibuk - sibuk buat bantahan tak tentu arah sedangkan penduduk sekitar kawasan tu takde masalah pun.


Tapi, tak mustahil sekiranya ada pihak yang mendakwa, pakcik Razak tu orang UMNO. Maka sebab itu la dia keluarkan kenyataan menyokong perlombongan bauksit ni di Kuantan.


Namun walaubagaimana pun, bukan UMNO yang dapat keuntungan dari hasil perlombongan bauksit ni. Sebaliknya, dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu pun ada yang terlibat sama.

Nak pulak seorang wakil rakyat dikalangan puak - puak Pembangkang tu. Dengar katanya, dia dan keluarga dia dapat habuan secara lansung hasil dari perlombongan bauksit ni di Kuantan.

Katanya, bapak kepada wakil rakyat pembangkang tu ada menyediakan perkhidmatan lori untuk mengangkut bauksit ni. Jadi, tak mustahil kalau dalam diam, kenyataan pakcik Razak tu pun memberi keuntungan kepada wakil rakyat pembangkang tu sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Memanglah dapat duit selepok dalam masa singkat tapi berapa pulak Kos nak memulihkan tanah tu..makan masa 50 tahun. Tolong jangan politikan benda ni.

    BalasPadam
  2. Itulah yang diajar oleh puak pembangkang. Umpama nak untung dan nak kaya cepat habis balak di Gunung Inas ditebang semasa PAS perintah Kedah.

    Takut2 tak boleh perintah jangka masa panjang. Jalan mudah tebas, tebang, korek, angkut kambus.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping