Lor!!! Kesian betul Si Foziah ni rupanya. Kita ingatkan dia meroyan sebab dia tak dapat hadir ke mesyuarat taklimat mengenai isu bauksit di Perlabuhan Kuantan tu hari ini. Tapi ada sebab lain.
Dalam status yang dimuat-naikkan selepas Si Foziah tu membuat dakwaan KONONnya dia telah dihalang oleh Kerajaan Negeri dari menghadiri taklimat tersebut, Si Foziah tu cuba menjustifikasikan keadaan sebenar.
Kata Si Foziah, kononnya pihak Kerajaan Negeri dan pengurusan Perlabuhan Kuantan TAKUT dia turut hadir dalam taklimat tersebut kerana risau dia mendedahkan keadaan sebenar.
KALAU la itu niat dia, bagus la. Tapi masalahnya, dari kenyataan tu, nampak sangat Si Foziah tu nak tunjuk seolah - olah pihak Kerajaan sengaja melengah - lengahkan tempoh Fasa Moratorium tu.
Seperti mana yang telah kita jelaskan sebelum ini, tempoh Moratorium tu dibahagi kepada tiga Fasa. Fasa Pertama, membersihkan semua 'Stockpile' yang ada didalam kawasan Perlabuhan.
(Seterusnya, Baca Sini: Kalau Ini Pun Foziah Tak Faham, Tak Tau La!!!)
Dalam Fasa Pertama itu, Menteri menjelaskan sekiranya 'Stockpile' masih lagi ada didalam kawasan Perlabuhan, maka Fasa Kedua tidak akan dijalankan. Dan begitu juga dengan Fasa Ketiga.
Maknanya, selagi ada 'Stockpile' dalam kawasan Perlabuhan, maka semua aktiviti berkaitan dengan perlombongan Bauksit ni tak boleh diteruskan sehingga semua Fasa tersebut diselesaikan.
Tapi, apa yang difahami oleh Si Foziah, Fasa Pertama tu seharusnya tamat pada 15 Februari. Namun, kata Si Foziah, sehingga hari ini, Fasa Pertama tu masih lagi belum dapat diselesaikan.
Itu membuktikan yang Si Foziah tu tak faham peringkat Fasa dalam Moratorium tu sendiri. Dia main ikut pemahaman dalam Kepala Lutut dia je tanpa merujuk kepada mana - mana pihak.
Yang menjadi satu kemusykilannya, kenapa pulak Si Foziah tu beria - ia sangat nak tempoh Fasa Moratorium tu dipercepatkan mengikut jadual? Kan bagus kalau Fasa tu dilewat - lewatkan?
Sekiranya tempoh Fasa Moratorium tu panjang, maka aktiviti Bauksit di Kuantan tu tak boleh diteruskan. Sekali gus, ianya mengurangkan masalah debu, kotoran dan pencemaran alam.
Bukan ke itu yang dituntut oleh puak - puak Pakatan Haprak tu? Tapi, kalau tengok dari kenyataan yang dibuat oleh Si Foziah tu, dia seolah - olah macam nak tempoh tu habis cepat. Soalnya, apa faedah yang dia dapat kalau tempoh Fasa Moratorium tu dipercepatkan???
NENEK KEBAYAN NI NAK LOMBONG BOKSHIT DIBUKA SEGERA KERANA LORI SAING DIO LAMO DOH TADOK KIJO TADOK BAREY NOK ANGKUT.TU YEY DOK MEROYAN GILO KHINZIR TU.
BalasPadam