Hah! Apa dah jadi ni? Nampak gayanya, semua orang dah mula sedar dengan gerakan yang cuba dilakukan hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi individu tertentu sahaja.
Walaupun Si Ketua Penipu tu pada mulanya memberi sokongan terhadap deklarasi yang dianjurkanan, namun berdasarkan perkembangan terkini, Si Ketua Penipu itu dilihat mula mengubah semula pendiriannya.
Dalam satu kenyataan yang dibuat bersama dengan pihak media baru - baru ini, Si Ketua Penipu tu sekali lagi mendesak agar perubahan dibuat terhadap Institusi, bukan terhadap individu.
“Saya harap rakyat Malaysia akan terus mendesak pembaharuan institusi, perubahan dalam sistem kehakiman dan perubahan lain yang sebenarnya. Bukan sahaja perubahan personaliti,” kata Anwar bersungguh-sungguh ketika dibawa keluar oleh pengawal Jabatan Penjara dari Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataan Anwar itu dipercayai merujuk kepada program terbaharu, Kongres Rakyat 2016 yang telah dianjurkan di Pusat Konvensyen Shah Alam dan perhimpunan yang diadakan semalam.
Selain itu, Si Ketua Penipu tu juga turut berkata, reformasi tidak akan berlaku jika gerakan itu hanya berpaksi untuk menukar Perdana Menteri dan menyifatkan ianya hanya mainan Politik kelompok Elite.
“Permainan kelompok elit untuk tentukan masa depan Malaysia,” katanya lagi.
Tapi, bagi sesetengah pihak yang menyokong gerakan deklarasi tersebut sudah pasti akan menganggap kenyataan Si Ketua Penipu tu dibuat sebab dia dengki kerana tidak diberikan perhatian.
Perkara itu memang dapat dilihat dengan jelas semenjak isu deklarasi itu menjadi topik dikalangan rakyat di Malaysia. Maka sedikit demi sedikit, orang mula melupakan Si Ketua Penipu tu.
Malah desakan yang dibuat oleh PKR untuk menjadikan agenda pembebasan Si Ketua Penipu tu dari penjara juga dilihat seolah - olah tidak dipedulikan lansung oleh mereka yang terlibat.
Kesimpulan mudahnya, tak kira la sama ada Si Ketua Penipu tu atau pun 'Kelompok Elite' yang terlibat dengan deklarasi tu sendiri. Hakikatnya mereka mempunyai satu persamaan iaitu menjaga kepentingan Politik Peribadi masing - masing je. Bukannya diorang buat untuk rakyat!!!
Deklarasi Rakyat kepala hotak Madey. Rakyat cari makan dengan berhempas pulas. Anak beranak dia duduk goyang kaki duit masuk segenap penjuru.
BalasPadamJika tak kerana dia dan juga manusia seangkatan dengan dia mana mungkin kekayaan dan wang itu boleh bergerak menuju kerah mereka2 yang terpilih.
baguslah klu anwar sedar pasal deklarasi tu.
BalasPadamMadey, go to hell with all your family members. Do not disturb the present PM
BalasPadam