Isnin, Mac 07, 2016

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diperangi habis-habisan sekiranya beliau terus bersubahat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin Syed Harman.

Syed Saifuddin berkata pemimpin utama PAS itu dilihat seolah-olah melindungi kepimpinan Najib yang terpalit dengan pelbagai tuduhan skandal.

“Hadi perlu menerima hakikat bahawa Najib musuh negara.“Jika beliau terus bersekongkol, bermakna beliau juga perlu diperangi habis-habisan,” katanya ketika ditemui FMT.

Najib sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai tuduhan termasuk skandal Altantuya Sharibu, pembelian kapal selam Scorpene, syarikat pelaburan 1MDB, SRC International, serta derma politik RM2.6 billion.

Jumaat lepas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dengan kumpulan pembangkang duduk semeja menandatangani deklarasi khas mendesak Najib supaya berundur.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersama dalam majlis ‘Selamatkan Malaysia’ itu.

Syed Saifuddin berkata Hadi sebagai ulama yang dihormati sepatutnya mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh Najib.

“Kami nampak Tok Guru Hadi Awang telah lari dari dasar perjuangan PAS yang sebenarnya.

“Bagaimana Hadi Awang sebagai salah seorang ulama yang dihormati sanggup bersekongkol dengan Najib Razak yang secara terang melakukan pelbagai kemungkaran,” katanya.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. perangi dap tu dulu klu syed din berani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dap supply amoi gebu kat Syed tu...mana dia tahan..tok Arab tak leh tengok apom gebu putih

      Padam
  2. Ini jenis syed celup. Nampak ada peluang tumpang semangkok. Macam dia baguih sangat. Habis bejasalah konon. Kerja macam taik.

    BalasPadam
  3. Hadi Awanglah yang memecah belahkan PAS percayalah... Hadi ni tidak layak jadi pemimpin... Semakin lama dia duduk dalam PAS semakin hari PAS jadi lumpuh dan mereput... Kini semua terpinga-pinga dengan kepura-puraan Hadi Awang...sudahlah Hadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah Dap , Pkr dan Pan maki dia setengah mati maka dia pon serik la. ..lagi bodoh kalau dia redho kena maki. .ko je yg pelik..kena maki senyum2 suruh orang maki ko lagi..

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping