Taktik "Minum Kopi" Guan Eng Makan Diri!!! |
Heh!!! Memang dasar muka tak sedar diri sungguh Si Guan Eng ni rupanya. Patut la ada pemimpin PKR sebelum ini melabelkan dia sebagai seorang yang 'Sombong', 'Angkuh' dan dianggap 'Tokong'.
Si Guan Eng ingat dengan cara 'memancing' pengamal media pergi buat 'lawatan sambil belajar' dirumah dia sebelum ini dapat menutup kemaluan yang telah terdedah kepada umum.
Dia ingat tindakan mencabar pihak yang membuat pendedahan mengenai pembelian rumah mewah pada harga yang lebih rendah dibawah harga pasaran tu dapat memalukan orang lain.
Tapi ternyata, tindakan yang dilakukan oleh Si Guan Eng tu hanya mem-BODOH-kan diri dia secara terbuka. Sekarang orang boleh nampak ke-BODOH-an dia secara terang - terangan.
Jika sebelum ini, Si Guan Eng tu memberi alasan kononnya cabaran yang dibuat itu adalah untuk menyelesaikan masalah secara berdepan. Tapi hakikatnya, bukan itu yang rakyat mahukan.
Sekarang isu berkaitan pembelian rumah itu menjadi bualan hangat dikalangan rakyat. Bahkan mereka juga dapat melihat isu tersebut mempunyai persamaan dengan kes Dr. Khir Toyo.
Maka sudah pasti rakyat mahu melihat sama ada Si Guan Eng tu benar - benar berani untuk bertindak 'Telus' dan 'Akauntabiliti' seperti mana yang telah digembar gemburkan selama hari ini.
Persoalannya, kenapa perlu Si Guan Eng tu nak ajak Ahli Parlimen Tasek Gelugor tu bertemu 'One By One'? Apa kebenaran yang dapat dibangkitkan melalui pertemuan tersebut?
Kalau nak kata, Si Guan Eng tu nak memancing Ahli Parlimen tersebut agar dapat dia mengambil tindakan saman, dia boleh buat walaupun tidak mengadakan pertemuan tersebut.
Kerana pada umumnya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor tu dah buat kenyataan yang sama didalam sidang media diluar Parlimen dan mengulangi perkara yang sama selepas dia membuat laporan SPRM.
Jadi, alasan untuk memancing Ahli Parlimen Tasek Gelugor tu dah memang tak relevan. Tambahan pulak, cabaran Si Guan Eng tu untuk berjumpa secara berdepan juga Tak Masuk Akal.
Hanya semata - mata Si Guan Eng tu dakwa ianya hanya fitnah semata - mata, pernah ke dia yang selalu buat dakwaan terhadap pemimpin Kerajaan Barisan Nasional mengambil tindakan yang sama? Kalau dia setakat pandai cakap je, baik tak payah!!! Buang masa je!!!
Guan eng sebenarnya bijak mengalihkan isu..ajakkan minum kopi mata bertemu mata ini adalah satu yg simbolik kepada UMNO..ketidak hadirnya datuk shahbudin hanya memberi imej positif kepada Guan eng dlm hal public perceptions soal.sori datuk awak dah kena..1-0
BalasPadamONE to ONE / FACE to FACE la bro...bukan ONE by ONE....ha..ha..ha..
BalasPadamIni masalah salah guna kuasa, masalah intergriti, perlu diselesaikan oleh badan2 penyiasat bebas dan kerana ia merupakan suatu jenayah.
BalasPadam