Sebagai Bekas Penyokong DAP, Ramesh Rao berkata, sebelum ini dia tidak pernah melihat wajah Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng begitu takut seperti yang kelihatan sekarang.
Selepas pendedahan skandal pembelian banglo mewah yang didedahkan minggu lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seperti hilang punca dan kelam-kabut menangani pendedahan yang dibuat.
Nak pulak bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah memulakan siasatan dan dikhabarkan pejabat Kerajaan Negeri juga sudah didatangi pegawai SPRM untuk siasatan.
“Pada satu video Guan Eng memberikan taklimat kepada wartawan selepas membawa mereka melihat-lihat rumah banglo itu, jelas beliau bercakap tergagap-gagap dan nampak bimbang.
“Saya sudah lama mengenali parti DAP, dan saya tidak pernah melihat dia begitu takut seperti sekarang ini,” katanya kepada portal Tv14 melalui pesanan Whatsapp hari ini.
Katanya, kemungkinan Guan Eng akan ditahan SPRM dan dipenjarakan jika didapati bersalah itlah yang menyebabkan kenapa dia dilihat berada dalam keadaan begitu bimbang dan takut.
Guan Eng kini dalam siasatan SPRM berhubung isu pembelian sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn di Georgetown dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran dari pembeli asal.
Dalam laporan yang dibuat sebelum ini, harga rumah banglow 'Terlajak Murah' Guan Eng tu sepatutnya berharga sebanyak RM4.7 juta tetapi dibeli oleh Guan Eng hanya dengan harga RM2.8 juta.
Pemeriksaan lanjut menunjukkan pemilik rumah berkenaan Phang Li Koon ada kaitan dengan urusan jual beli tanah di Taman Manggis yang melibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Hari ini, Ramesh berkata ketakutan Guan Eng makin terserlah apabila DAPigs Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar untuk memberikan penjelasan dan panduan kepada pemimpin negeri bagaimana untuk bertindak balas berkenaan kes itu.
Skandal pembelian rumah banglo Guan Eng ini timbul selepas didedahkan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di dalam Dewan Rakyat dan ia memang mencetuskan kemarahan pembangkang di dalam Parlimen.
mana pmimpin pan......tolong la itu lu punya olang baik punya. itu mcm selupa umar ab aziz o....
BalasPadammat sabu main sabunnnnn la lepas ni ... sponsor besar dah kantoi
PadamTakkan LGE macam tu x percayalah saje je tu mainan media kut... kata dia nk ikut cara pemerintah khalifah Umar Abd Aziz
BalasPadamTakkan LGE macam tu x percayalah saje je tu mainan media kut... kata dia nk ikut cara pemerintah khalifah Umar Abd Aziz
BalasPadam