Sabtu, Mac 19, 2016

Hairan, setelah tidak membantu untuk memartabatkan undang-undang syariah, ada yang sibuk pula untuk menjadi penghalang.”

Demikian reaksi sinis yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari terhadap kenyataan terbaharu yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud.

Menurutnya, di Kelantan Pas sudah mentadbir lebih 25 tahun dan memohon untuk diberikan hak dilaksanakan undang-undang Islam berkenaan di negeri itu namun ada pihak yang mendakwa suasana masih belum kondusif.
“Soalnya, bilakah tibanya suasana kondusif itu? Perjuangan kerajaan Kelantan ialah mengkanunkan undang-undang tersebut. Langkah pertama ialah dengan melakukan perubahan ke atas Akta 355 yang menyekat kuasa Mahkamah Syariah.
“Jika enakmen yang Kelantan luluskan ada kecacatan, perkatakan. Kenapa sibuk mempersoalkan tidak kondusifnya suasana untuk melaksanakan undang-undang syariah? Sedangkan boleh sahaja tenaga dihulur untuk turut membantu menjadikan suasana lebih kondusif,” katanya menerusi laman Facebook, semalam.
Dipercayai kenyataan beliau ini merujuk kepada kemas kini status Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyebut dahulu beliau pernah mengeluarkan pendapat agar syarat pelaksanaan hudud hendaklah diwujudkan dalam suasana yang kondusif.

Mohd Asri semalam mengulas soal sebuah video yang dimuat naik bertajuk ‘Pas, Ikatan Setuju Tangguh Hudud’ yang menunjukkan kenyataan pemimpin Pas dan Ikatan tentang hudud yang dirakam ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga, semalam.

Mengulas mengenai soal video yang dipaparkan sebelum ini, Ahmad Fadhli berkata, dalam video tersebut tiada kenyataan yang dibuat pimpinan Pas bahawa hudud perlu ditangguhkan.
“Bahkan ia hanya penegasan bahawa daripada pimpinan Pas bahawa hudud akan dilaksanakan dengan beransur-ansur. Bukannya (laksana) pagi esok selepas Pas memenangi pilihan raya umum.
“Jika perkataan tangguh itu keluar daripada pimpinan selain pimpinan Pas di dalam sidang media yang sama, tidak adil ia turut dilumurkan kepada Pas apatah lagi konteks perkataan itu ialah dalam rangka 'bersetuju dengan hudud sebagai seorang Muslim',” katanya.
Tambahnya, “adakah sebelum ini ada pimpinan Pas mendakwa bahawa hudud akan dilaksanakan serta merta jika Pas menang? Jika tidak, maka di atas butir mana tuan berhujah?”
Melalui video itu, Presiden Ikatan menyebut bahawa sebagai orang Islam kita perlu menerima hukum hudud namun dalam Islam, ada keadaan-keadaan tertentu di mana lebih elok jika ia ditangguhkan maka ia perlu ditangguhkan seketika kerana pada akhirnya nanti rakyat yang akan menentukan pelaksanaan tersebut.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. sepatutnya umat islam berusaha utk mndaulatkn islam bukan mncari dalih spya islam tidak didaulatkn.

    BalasPadam
  2. Kerja bertangguh x menjadi. Kerja beransur x bertahan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping