Sabtu, Mac 05, 2016

Wah!!! Betul ke sampai tahap itu yang Tun Mahathir sanggup lakukan demi untuk mencapai hasrat mendesak agar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri?

Hari ini, kecoh dalam laman media sosial surat yang dikatakan keluar dari Ibupejabat PKR HQ yang memaklumkan kepada ahli - ahli diperingkat akar umbi mengenai sidang media Tun.

Katanya, dalam sidang media yang bakal diadakan itu antara lain akan menyebut mengenai fitnah yang telah ditaburkan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini.


Umum mengetahui, rata - rata penyokong Totok PKR tu masih lagi tidak dapat mengampunkan dosa Tun Mahathir yang telah memecat Si Ketua Penipu tu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka yang sebelum ini pernah melabelkan Tun dengan gelaran 'Maha-Zalim' dan juga 'Maha-Firaun' tetap ingat dengan tindakan Tun yang telah menggugurkan Si Ketua Penipu tu dari jawatannya.

Selain itu, penyokong Totok Si Ketua Penipu tu juga masih menyalahkan Tun kerana menjadi individu yang termakan Fitnah Liwat yang dijaja oleh DAPigs terhadap Ketua Umum mereka pada tahun 1997.

Bahkan, mereka juga masih lagi menganggap Tun sebagai individu yang bertanggungjawab dalam memusnahkan harapan rakyat yang mahu melihat Reformasi dalam pemerintahan Kerajaan.

Sehingga hari ini, walaupun penyokong Totok PKR tu bersetuju untuk menyertai Tun Mahathir yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri tetap menganggap kesilapan itu datangnya dari Tun sendiri.

Mesej yang disampaikan oleh puak - puak PKR tu sebelum ini cukup jelas. Yang perlu dijatuhkan bukan setakat Perdana Menteri. tetapi seluruh kepimpinan Barisan Nasional tu sendiri.

Bagi mereka, yang melantik Perdana Menteri hari ini juga bukan orang lain melainkan Tun sendiri dan Kerajaan hari ini hanya mewarisi corak kepimpinan yang diterajui oleh Tun sebelum ini.

Mereka masih lagi beranggapan bahawa Tun adalah merupakan individu yang perlu memikul tanggungjawab tersebut. Dan hasrat mereka bukan sekadar mahu menjatuhkan Perdana Menteri sahaja.

Sebaliknya, puak - puak PKR tu hanya sekadar bersetuju dengan Tun Mahathir demi mahu memenuhi niat mereka untuk menggulingkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang ada hari ini.

Maka persoalannya sekarang, adakah Tun sedia untuk memenuhi tuntutan Pakatan Haprak tu, lebih - lebih lagi dari kalangan puak - puak PKR untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional dengan mengakui dosa yang telah dilakukan terhadap Si Ketua Penipu tu???
Categories: ,

12 ulasan:

  1. Lawaklah dgn gelagat ahli2 politik kita nie...
    Macam budak2 sekolah....wlpun dh bercucu cicit....
    Hanya nak kejar kemewahan dunia sanggup jadi munafik...
    Tak nak komen pjg2 lah....biar rakyat mengadili manusia2 bijak tapi bodo nie...

    BalasPadam
  2. bukankah karpal dn mat sabu prnah desak tun supya ambil tindakan trhadap anwar dlm kes salah laku seks pd thn 1997 dulu?

    BalasPadam
  3. Pengajaran :
    1) anwar memang sah peliwat atau dr m memang sah pemfitnah.
    2) pencacai kena tipu hidup2 selama 18 tahun.
    3) pencacai tanggung dosa selama 18 tahun kerana dok asyik kutuk dr m.
    4) pencacai tanggung dosa selama 18 tahun kerana sokong seorang peliwat.
    5) pencacai tanggung dosa setahun kerana sokong seorang pemfitnah.
    6) 56 orang yg sign deklarasi adalah manusia hipokrit tahap tegar.
    7) ahli neraka akan bertambah lagi.

    BalasPadam
  4. mana wan azizah n nurul izzah? takkan masih marah kat tun kot?

    BalasPadam
  5. relak smua bro.ketepikan ideologi politik masing2.moral of the story is SELAMATKAN MALAYSIA.2 yg paling utama skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahdey mengaku tak jumpa bukti salahlaku dlm 1mdb.Klu ada..dia dh bawa ke mahkamah.Itu cerita kwn2 kerja lawyer.So..mmg tak ada.
      Rm2.6b mmg sah wang derma sbg dana.Klu wang 1mdb...kenapa nak plgkan ke arab.Klu rasuah..kenapa najib berani masukkan dlm akaun di malaysia melalui pemantauan bank negara.Baik masuk akaun luar negara.Klu peribadi...kenapa perlu beritahu dgn tsmy dan bendahari umno.Baik masuk akaun swiss...sekor 'beruk" pon tak tahu.Tak mcm dapigs...masukkan wang yahudi dlm akaun proksi di singapore tak berani diketahui bank negara malaysia.Sama juga dgn pkr.Kenapa mahdey tak menyalak dgn dana2 tersebut dan kenapa dapigs tak saman pembocor rahsia mrk.
      Aku...klu org nak kasi wang rasuah sebesar itu...aku akan buka akaun di luar negara.

      Apa yg jadi agenda utama adalah bukan nak selamatkan malaysia.Mahedy hanya nak selamatkan lubuk emas waris dan kroni2 dia jer.Selama 22 tahun...sambil bangunkan negara...mahdey turut kayakan waris dan kroni2 dia.Klu boleh...kerajaan skrg dituntut meneruskan legasi tersebut dgn menyirami mrk dgn projek2 dan perjanjian bodoh dan bangang demi memewahkan waris dan kroni.

      Padam
  6. relak smua bro.ketepikan ideologi politik masing2.moral of the story is SELAMATKAN MALAYSIA.2 yg paling utama skrg.

    BalasPadam
  7. Aku penyokong UMNO dari Dahulu dan selamanya. Aku tidak menyokong saorang individu yang bernama Najib. Engkau faham tak!!!

    BalasPadam
  8. Aku penyokong UMNO dari Dahulu dan selamanya. Aku tidak menyokong saorang individu yang bernama Najib. Engkau faham tak!!!

    BalasPadam
  9. Surat itu menyatakan yang Mahathir mendapat tekanan dari individual dalam UMNO. Kelakar sungguh, Mahathir mendapat tekanan? Semasa pemeritah Mahathir, dia yang memberi tekanan. PKR tahu akan tindakkan tanduk Mahathir tetapi untuk mengejar impian politik, mereka sanggup terima Mahathir dengan hati berat dan terpaksa menyalahkan orang lain.

    BalasPadam
  10. Sapa yang layak perintah kalu najib turun,?..azmin? Pas? Kit siang? Muhyiddin,Anwar? Mahathir? ..rakyat ni pun kartun, kata tak nak nepotisme atau kroni2 memerintah?..la ni jelas PR hanya sekelompok manusia yang gila kuasa. Penipu,dan membazir wang rakyat melalui projek2 deme yang tak masuk akal dan byk yang gagal. Ni ke pemimpin yang rakyat mahu????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping