Khamis, Mac 24, 2016

Ahli perniagaan Phang Li Koon didakwa berbohong dalam akuan bersumpah (SD) beliau berhubung penjualan banglo RM2.8 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pemuda UMNO Pulau Pinang selepas membuat laporan polis di IPD Timur Laut mendakwa bahawa dakwaan Phang tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri adalah tidak tepat.
“Beliau mendakwa tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi jika merujuk laman web InvestPenang, beliau adalah pemegang saham salah satu daripada syarikat-syarikat yang disenaraikan di laman web itu,” kata Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ifan Zaimi Mohd Tahar, Rabu.
Ifan Zaimi mendakwa syarikat itu, Winbond Management and Consultancy Sdn Bhd, telah disenaraikan sebagai satu daripada syarikat yang diberi kelulusan untuk menyediakan pekerja asing di Pulau Pinang.

Phang juga katanya, telah disenaraikan sebagai orang hubungan syarikat dan mendakwa beliau mempunyai 20 peratus pegangan dalam firma itu.

Semakan di laman InvestPenang menunjukkan bahawa Winbond disenaraikan di bawah “Sumber” dan merupakan salah satu pembekal perkhidmatan dalam senarai agensi pekerjaan di Pulau Pinang.

Dalam laporannya, Ifan Zaimi, yang juga seorang peguam, juga mendakwa bahawa alasan “willing buyer, willing seller” kerana menjual banglonya di Jalan Pinhorn kepada Guan Eng di bawah nilai pasaran tidak sah dalam kes ini.
“Jika kita melihat Seksyen 165 Kanun Keseksaan, ia merujuk kepada seorang penjawat awam menerima sebarang benda berharga daripada seseorang dalam apa-apa prosiding atau transaksi perniagaan,” katanya.
Beliau katanya maklum bahawa Setiausaha Agung DAP itu membayar RM2.8 juta untuk membeli rumah itu sedangkan anggaran nilai hartanah itu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah RM4.27 juta sekali gus jelas menunjukkan seorang penjawat awam menerima sesuatu yang berharga daripada orang lain.

Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat dakwaan SD Phang dan Guan Eng atas kemungkinan pelanggaran Kanun Keseksaan.

Semalam, Phang mendedahkan bahawa beliau melakukan perjanjian lisan yang dibuat pada 2012 untuk menjual banglo di Jalan Pinhorn kepada Guan Eng dengan harga RM2.8 juta.

Beliau juga menafikan mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri dan apa-apa hubungan dengan syarikat yang terlibat dalam penjualan kontroversi tanah Taman Manggis, yang telah dikaitkan dengan pembelian banglo itu.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. http://sejarahmelayu.blogspot.my/2016/03/skandal-taman-manggis-status-tanah-ke.html

    apa kata penjilat Hamgok kat tajok ini????
    apa kurangnya proton berbanding merz. tak malu ke jadi rakyat mesia yang memandang sepi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping