Rabu, April 27, 2016

Bila jumpa dengan jenis orang yang tak reti nak menghormati orang lain ni, memang kena sangat la diorang ni di-sekolah-kan secara terang - terangan. Jangan berselindung - selindung.

Nak pulak dengan anak beranak yang BEBAL ni. Kalau bercakap tu mesti kena terus terang, "Straight to the point". Kalau cakap berbelit - belit nanti, payah diorang ni nak paham.

Maklum la. Anak beranak Lim ni bukannya boleh kira sangat. Kadang masuk rumah orang pun, selamba badak dia je buat macam rumah sendiri. Tau la rumah diorang semuanya 'Terlajak Murah'.

Jadi, memang patut sangat la bila dua beranak ni diberikan amaran awal supaya berkelakuan lebih 'Sopan' dan 'Berhemah' dari biasa sepanjang diorang berada di Negeri Sarawak.

Dalam erti kata mudahnya, bila dah masuk kawasan orang ni, hormat la sikit. Belajar macam mana budaya orang tu, cara diorang bergaul dan berinteraksi. Jangan buat sesuka hati je.

Masyarakat di Sarawak ni semuanya sopan santun, berbudi pekerti tinggi, dan salin hormat menghormati sesama mereka sendiri. Bukan macam perangai puak DAPigs yang suka huru hara.

Sesama diorang dalam Pakatan pun boleh beramuk sesama sendiri, buat tuduhan itu dan ini serta memburukkan diantara satu dengan yang lain. Itu bukan budaya yang diamalkan di Sarawak.

Jadi, memang patut sangat diorang ni diajar dengan 'Budi Pekerti'. Takut itu pun anak beranak Lim ni tak paham pulak apa yang cuba nak disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak ni. Tak paham jugak bahasa Malaysia, memang saja cari penyakit la jawabnya!!!
KUCHING: Tan Sri Adenan Satem memberi amaran kepada ahli politik anak beranak - Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng supaya berkelakuan baik ketika berada di Sarawak sepanjang kempen pilihan raya negeri ke-11 kali ini.

Ketua Menteri itu berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengusir pemimpin utama DAP berkenaan jika mereka mencetuskan suasana politik tidak sihat di negeri ini.

"Jika mereka melanggar batasan dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, saya akan arahkan Jabatan Imigresen untuk ambil tindakan.


"Ini adalah amaran saya kepada mereka supaya berkelakuan baik," katanya dalam sesi pertemuan khas dengan media di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, Selasa malam.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping