Rabu, April 27, 2016

Heh! Nampak gayanya kemelut kepimpinan dikalangan puak PKR tu masih tak kunjung tiba jalan penyelesaiannya. Bahkan ianya semakin bertambah sengit dan hangat diperkatakan.

Jika sebelum ini, ada juga kita dengar khabar angin mengatakan kononnya calon PKR dalam Pilihan Raya Sarawak kali ini merupakan satu 'Line Up' baru yang dikumpul oleh Azmin.

Maka sebab itu kata mereka, Si Azmin ni sendiri yang menandatangani serta memberi kelulusan kepada mereka untuk bertanding biarpun ada yang menentang DAPigs secara terbuka.

Katanya, taktik yang direncanakan oleh Azmin dengan meletakkan calon lebih ramai dari DAPigs adalah untuk memberikan ruang peluasan kuasa dan pengaruh Politik Peribadinya sendiri.

Lagi ramai yang bertanding, kemungkinan yang menang tu masih ada. Kalau dulu, PKR hanya menang 3 kerusi je. Tapi sekarang, Si Azmin tu cukup optimis untuk meraih kemenangan.

Kalau PKR menang besar, dia juga yang akan dapat kredit. Tapi nampak gayanya percaturan Si Azmin tu akhirnya telah memakan dirinya sendiri apabila ia dikecam oleh DAPigs.

DAPigs dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa tindakan PKR itu merupakan satu pengkhianatan terhadap perjanjian yang telah dibuat. Malah mereka anggap PKR tu sebagai PENIPU!

Jelas satu sumber, ekoran dakwaan yang dibuat oleh DAPigs itu telah digunakan sehabis baik oleh musuh dalaman untuk menyerang kredibiliti Azmin dengan menunding jari ke arahnya.

Mereka kata, tindakan Si Azmin tu membuktikan bahawa keegoannya semakin bertambah sehingga kedudukan Wan Azizah selaku Presiden lansung tidak diendahkan apabila bertindak sendirian.

Tambah mereka lagi, tindakan Si Azmin itu bukan sahaja membuka ruang kepada konflik dalaman parti, bahkan ianya boleh menjadi penyebab retaknya hubungan baik diantara PKR dan DAPigs.

Dan apa yang lebih memalukan ialah apabila salah seorang calon Si Azmin tu telah diisytiharkan sebagai 'Bankrap' dan seorang lagi 'Lari dari Medan Perang' sebelum bertanding.

Ianya bukan sahaja memalukan PKR malah mencemar imej parti itu yang mahu dilihat 'BERSIH' dari sebarang isu sedemikian. (Kalau dulu, ada calon PKR ni kahwin dua, tapi tak mengaku).

Kesimpulannya, apa yang berlaku hari ini, perbalahan diantara PKR dan DAPigs serta meletakkan calon yang bermasalah semuanya salah Timbalan Presiden PKR tu secara bersendirian. Semuanya dek kerana dia dah mula 'Angau Kuasa'. Tu pasal la dia buat kerja pandir!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. heh...pkr jgn main2 dgn dap sbb dap ada kawan setia yg akn sokong.....pan

    BalasPadam
  2. Bagus Azmin teruskan kasi hancur semuanya...jangan bagi DAP meluaskan kuasanya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping