Jumaat, April 29, 2016

Kepercayaan Penasihat DAPigs, Lim Kit Siang bahawa Barisan Nasional (BN) sekali lagi akan membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri 7 Mei ini harus menjadi motivasi yang cukup bagi rakyat Sarawak memilih semua calon BN.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata oleh itu mereka tidak harus mensia-siakan undi mereka dengan memberi kepada calon pembangkang atau calon Bebas.
"Pengesahan oleh Kit Siang menunjukkan bahawa DAP mengakui rakyat memberi sokongan padu kepada BN.
"Jadi mengapa memberi undi anda kepada parti politik atau kumpulan serpihan yang tidak boleh membentuk kerajaan?," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuil Fung Chin Kung di Pedai, dekat sini, semalam.
Pada hakikatnya, katanya, DAPigs dan sekutunya PKR bertembung sesama sendiri dalam sekurang-kurangnya enam kerusi kerana gagal mencapai kesepakatan dalam peruntukan agihan kerusi pada pilihan raya ini. 
"Mereka berjuang demi kepentingan parti sendiri dan oleh itu, sekiranya mereka menang, mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil," katanya.
Sebaliknya, Salleh berkata BN adalah sebuah gabungan yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
"Jadi mengundi calon BN di kawasan anda jika ingin suara lantang dalam kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan untuk mendengar dan menyelesaikan masalah anda," katanya.
Sementara itu, mengulas slogan DAPigs untuk perubahan, Salleh berkata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem telah melaksanakan 53 dasar-dasar transformasi untuk kemakmuran rakyat negeri ini. 
"Tidak ada keperluan untuk DAP menggesa rakyat Sarawak menukar kerajaan yang sedia ada kerana ia sudahpun berada dalam tangan yang baik," katanya.
Dalam erti kata lainnya, DAPigs ni kena sedar yang diorang ni tak diperlukan oleh rakyat Sarawak. Kot sebelum ni pun, ada je wakil rakyat dalam sidang DUN. Tapi satu Hapah Kerja pun diorang tak buat!!! Sedap goyang buah kerandut je la yang diorang tau buat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. klu mcm ni hancurlah harapan pan yg jadi pembela dap selama ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping