Sabtu, April 30, 2016

Heh! Apa lagi yang nak kita katakan mengenai kedudukan Si Wan Azizah tu pada ketika ini. Buktinya sudah semakin jelas, terang lagi nyata bahawa Si Wan Azizah tu semakin tidak relevan.

Jika diteliti kenyataan yang dibuat dengan mengajak rakyat fokus kepada soal pengundian dan melupakan pertembungan diantara DAPigs dan PKR di Sarawak, ianya membuktikan bahawa kedudukan Si Wan Azizah tu sudah tak laku.

Bukan sahaja keadaan itu membuktikan PKR sudah hilang sengat. Bahkan kedudukan Si Wan Azizah yang sebelum ini diangkat menjadi Ketua Pakatan Haprak tu pun dah tak diiktiraf.

Sekali gus ianya membangkitkan spekulasi bahawa usaha yang dilakukan oleh tiga orang pemimpin PKR sebelum ini dengan Setiausaha Agung DAPigs untuk membuat rayuan telah GAGAL.

Menurut satu sumber, ke-GAGAL-an mereka membuat rayuan kepada DAPigs itu jelas suatu yang cukup MEMALUKAN dan dilihat seolah - olah menganggap Si Tokong DAP tu macam Raja. 

Sumber itu juga mendedahkan, tiga orang pemimpin PKR ini telah merayu agar DAPigs menarik diri bertanding di 2 DUN iaitu Batu Kitang dan Murum bagi menghadapi Pilihan Raya Sarawak.

Sebagai balasan diatas penarikan diri itu, PKR berjanji akan menarik semula pencalonan wakil mereka dari 4 buah kerusi DUN yang meliputi kawasan di Mulu, Simanggang dan Ngemah.

Namun malangnya, bukan sahaja rayuan yang dikemukakan itu tidak dilayan, bahkan Si Tokong tu telah memberikan kata dua kepada Wan Azizah, Nurul Izzah dan Saifudin yang dikaitkan dengan pertemuan tersebut.

Katanya, selagi Azmin yang membuat keputusan, DAPigs tidak akan berganjak malah Si Tokong DApigs itu juga turut menyatakan kekesalannya apabila membantu Azmin menumbangkan Tan Sri Khalid sebelum ini.

Keputusan yang dibuat oleh Si Tokong DAPigs ini memang jelas cukup mengecewakan dan membuatkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Saifuddin pulang dengan perasaan yang penuh kehampaan.

Kesimpulannya, kini DAPigs dilihat semakin Angkuh dan Sombong sementara PKR pula menjadi semakin tidak relevan walaupun mereka duduk didalam satu gabungan yang dipanggil Pakatan.

Jadi sekiranya apa yang didedahkan itu adalah benar, ianya merupakan satu signal jelas bahawa puak Pakatan Haprak tu semakin hari semakin berkecamuk. Belum dapat memerintah diorang dah berbalah sesama sendiri. Kalau dah dapat kuasa nanti, mau Jahanam Negara dibuatnya!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping