Jumaat, April 29, 2016

Aduhai! Kesiannya la tengok nasib malang Si Menteri Besar Selangor ni. Tak pasal - pasal je dia meroyang tak tentu arah dek kerana dihadkan tempoh waktu dia berada di Sarawak tu.

Dalam kenyataan hari ini, Si Menteri Besar Selangor tu tampil mengutuk tindakan Jabatan Imigresen Sarawak yang mengehadkan tempoh dia berada di Negeri itu sehingga 2 Mei ini sahaja.
“Bagi saya, ini tindakan tidak mengendahkan undang-undang secara terang-terangan dan semua pemimpin pembangkang sepatutnya dibenarkan berada di negeri ini, kerana inilah masa untuk pemimpin menyuarakan keprihatinan mereka.
“Saya agak terkejut, apabila mengetahui Jabatan Imigresen Sarawak telah meletakkan satu nota kecil yang saya perlu tinggalkan negeri ini menjelang 2 Mei,” katanya ketika turun padang ke Satok.
Timbalan Presiden PKR itu juga turut menambah, tiada alasan yang munasabah boleh diberikan terhadap tindakan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sarawak itu.
“Malah, saya mahu kembali ke Sarawak pada 4 Mei dan tinggal di sini sehingga hari mengundi (7 Mei), tetapi saya tidak dibenarkan untuk kembali,” katanya.
Azmin berkata, dalam amalan demokrasi Negara telah menetapkan semua pemimpin perlu dibenarkan menjejakkan kaki mereka ke Sarawak tanpa sebarang sekatan sedemikian.
“Kami adalah parti politik yang sah. Apakah sebab di sebalik pengharaman kami ke Sarawak? Undang-undang perlu dikaji semula oleh Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem,” katanya.
Hah! Tau pulak dia nak marah ye? Kot selama hari ini yang dia boleh pulak 'block' orang dalam laman twitter dia, takde pulak dia nak bising? Padahal, orang yang dia block tu semuanya rakyat Malaysia yang sah.
Nampak sangat la yang Si Menteri Besar Selangor ni pun jenis pemimpin yang hanya pandai 'Cakap Tak Serupa Bikin'. Block orang sebab takut dengan bayang - bayang dia sendiri.

Hakikatnya, Si Menteri Besar Selangor tu sendiri kena sedar, rakyat di Negeri Sarawak tu sendiri pun tak mengalu - alukan kedatangan dia ke Negeri mereka. Jadi, jangan la dia nak meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal pulak!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

    BalasPadam
  2. Bodoh punya MB... ni MB negeri mana nie? Buat malu rakyat je.... tak sekolah punya MB...

    BalasPadam
  3. Bagi saya, ini tindakan tidak mengendahkan undang-undang secara terang-terangan dan semua pemimpin pembangkang sepatutnya dibenarkan berada di negeri ini, kerana inilah masa untuk pemimpin menyuarakan keprihatinan mereka.

    Apa ke bangsat sangat permainan pembangkang ni. Nak pilihanraya baru nk menyuarakan kepentingan. Habis selama ni tak prihatin la. Nampak sgt hidup dh mcm bangsat. Nak kaut undi punya pasal baru nak suarakan keprihatinan kepada rakyat Sarawak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping