Ahad, April 10, 2016

Alahai! Takkan la itu pun diorang ni nak mengamuk marah pada Si Azmin Ali ni? Takkan sebab Penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam datang buat serbuan pun diorang nak bising?

Bertimbang rasa la sikit. Kesian la kat Si Menteri Besar Selangor tu. Dia sampai tak tidur malam tau hanya kerana memikirkan tentang masalah rakyat dan mencari jalan penyelesaiannya.

Maka sebab itulah Si Azmin Ali tu tak datang sendiri dan berjumpa dengan peniaga - peniaga disekitar kawasan Dataran Merdeka Shah Alam tu walaupun sudah tiga kali serbuan dibuat.

Ditambah pulak dalam keadaan sekarang ni, Si Azmin tu tengah sibuk berkempen untuk deklarasi yang ditandatangani sebelum ini. Banyak perhimpunan - perhimpunan yang perlu dia hadiri.

Tu belum masuk tempoh Pilihan Raya Negeri Sarawak lagi. Mana ada masa Si Azmin tu nak jenguk peniaga - peniaga ditepi jalan yang dah banyak kali memohon untuk mendapatkan lesen meniaga ni.

Kalau nak diharapkan Exco yang berkenaan, Ahli Parlimen atau pun ADUN turun dan melihat sendiri keadaan peniaga dikawasan tersebut, memang ibarat macam pungguk merindukan bulan la jawabnya.

Sedangkan pegawai bahagian perlesenan Majlis Perbandaran Shah Alam sendiri pun takut nak tunjuk muka, inikan pulak wakil rakyat yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum yang lepas.

Lagi la diorang tak nak. Jadi, tak payah nak bising - bising sangat la. Kesian kat Si Azmin Ali tu. Siang malam dia tak dapat tidur atas katil mewah dia hanya semata - mata kerana rakyat.

Siang malam dia berjaga 24 jam untuk meninjau keadaan rakyat diperingkat bawahan. Jadi, yang peniaga - peniaga ni nak bising kenapa? Kenapa diorang nak salahkan Si Azmin tu? Takkan diorang nak tuduh kata Si Azmin tu tak reti buat kerja pulak!!!
PETALING JAYA: Salah seorang peniaga di Shah Alam mempertikaikan sikap kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang menurutnya menindas golongan peniaga. 
Ia ekoran tindakan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu lokasi perniagaan mereka di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. 
Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Selangor menyatakan pihaknya sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan tapak perniagaan secara sah dari kerajaan negeri. Namun gagal kerana tidak mendapat sebarang respon. 

“Sebelum ini saya ada mohon dengan persatuan saya untuk mendapatkan tapak niaga di sini secara sah tetapi tidak mendapat kelulusan, notis atau apa-apa. Jadi, penguatkuasa terus serbu tapak perniagaan kami,” katanya menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Muzhaffar Shahz.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. dulu korang yg pilih...puji melangit..kentut pkr pun korang bau Wangi...jgn nyesal,nnti pilih lagi yer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. YA..YA..KAMI AKAN PILIH PKR SELAMA2 NYA.

      Padam
  2. Sokong dulu nak jatuhkan BN...pakat sokong ramai parti songsang tu..ini lah balasan depa bagi kat hangpa...redho saje le...election nnti pilih depa lagi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping