Selasa, April 26, 2016

Pertembungan sengit sesama sendiri diantara komponen Pakatan Haprak yang membabitkan PKR dan DAPigs tu sememangnya suata yang sudah diduga sejak dari awal lagi.

Namun perebutan sehingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak diantara dua parti politik yang berpusat di Semenanjung itu dilihat agak luar biasa terutamanya di kalangan pengundi.

Bagi orang politik khususnya di pihak pembangkang sendiri, pertindihan kerusi yang ditandingi PKR dan DAPigs di Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong adalah serius dan mungkin sukar dimaafkan.

Tapi lain pula penerimaannya di kalangan pengundi yang bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian 7 Mei depan.

Sebilangan daripada mereka melihat perkembangan berkenaan sebagai ‘jenaka politik’ yang pastinya akan memeriahkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ke-11 kali ini.
“Ini baru betul-betul badak. Badak sumbu kalau sudah mengamuk, semua benda dirempuhnya. Apatah lagi burung ‘Ubah’,” kata seorang penduduk tempatan kepada rakan-rakannya merujuk kepada badak sumbu bewarna biru yang menjadi maskot PKR.
Sementara burung ‘Ubah’ yang dimaksudkan ialah burung enggang yang mewakili wajah DAPigs sejak Pilihan Raya Negeri Sarawak yang diadakan pada tahun 2011 yang lalu.

Perbualan sekumpulan lelaki berusia dalam lingkungan lewat 40-an di kedai kopi Kampung Boyan di Kuching itu jelas kedengaran berkisar mengenai perbalahan yang berlaku antara PKR dan DAPigs.

Bagi penganalisis politik, Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), pembangkang yang membawa nama Pakatan Harapan telah mencalarkan imej mereka sendiri di kalangan pengundi di Sawarak.

Katanya, tindakan dua parti politik tersebut ternyata mengecewakan pengundi yang berkemungkinan menaruh harapan kepada mereka sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN).
“Perkembangan ini malang bagi rakyat Sarawak. Pemimpin pembangkang nampaknya sentiasa gagal dalam menyelesaikan isu membabitkan kerjasama politik. Pemimpin mereka gagal untuk berkompromi antara satu sama lain, tak mahu mengalah demi sebuah kerjasama politik,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Aeria lagi, sikap egoistik dan dendam kesumat dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu juga menjadi punca kepada berlakunya pertembungan diantara mereka sesama sendiri.

Maka kesimpulannya, tindakan yang dilakukan oleh parti terbabit bukan hanya sekadar satu Pengkhianatan yang Luar Biasa. Tetapi ianya juga turut membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu hanya sekadar mementingkan Politik Peribadi diorang sendiri je!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Khabor angin daripada publist yang mungkin fitnah!!!!
    Bean Srawak macam dah pokai takde duit buat bendera kompen!!!

    "There were just five Barisan Nasional and one Parti Pesaka Bumiputera Bersatu flags at the arch leading to Tanjung Berlipat in Bekenu constituency this morning."?????????????????????????????????????????

    Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/04/141585/sarawak-polls-poster-wars-slow-start

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping