Selasa, April 26, 2016

Heh! Nampak gayanya perkara ini memang sudah tidak dapat nak dinafikan lagi. Bak kata pepatah orang tua, 'Sudah Terang Lagi Bersuluh'. Hakikatnya sudah ada didepan mata kita.

Apa yang jelas, kemelut yang sedang berlaku didalam Pakatan Haprak tu bukan sahaja bertambah sengit. Malah ianya membuktikan gabungan Pakatan tu berada dalam keadaan yang kronik.

Bertambah parah ialah apabila peranan Wan Azizah selaku Ketua Pakatan Haprak tu lansung tidak diendahkan oleh puak Pakatan Haprak tu. Masing - masing buat dia macam Tunggul Kayu.

Perkara itu dapat kita lihat dan baca dengan jelas melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Sam Ketot yang mengakui watikah perlantikan calon tidak ditandatangani oleh Wan Azizah.

Sebaliknya, melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Si Sam Ketot, watikah pencalonan bagi wakil PKR hanya ditandatangani oleh Azmin selaku Timbalan Presiden parti itu sahaja.

Kemelut itu tidak cukup setakat itu sahaja. Bahkan kini konflik diantara Pakatan Haprak tu jelas semakin retak apabila masing - masing mula menunding jari dan menyalahkan sesama sendiri.

Jika dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Sam Ketot tadi, dia yang mewakili PKR seolah - olah membuat dakwaan terbuka terhadap DAPigs yang didakwa 'TAMAK' nak merebut kawasan.

Dan dalam waktu yang sama, DAPigs juga turut meluahkan rasa kecewa mereka dan menganggap tindakan PKR meletakkan calon dikerusi yang sama merupakan satu pengkhianatan.

Bagi Guan Eng sendiri, PKR secara terang - terangan telah menipu mereka dan didakwa melanggar perjanjian bertulis berkaitan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.

Maka persoalannya, apa peranan yang dimainkan oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR yang juga dianggap Ketua kepada Pakatan Haprak ni? Takkan dia hanya setakat menjadi pemerhati?

Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin, Wan Azizah perlu tampil kehadapan bagi menyelesaikan segala konflik yang berlaku sebelum hari penamaan calon yang diadakan semalam.

Tapi malangnya sehingga ke hari ini, peranan Si Wan Azizah itu tidak dapat kita lihat sehingga ianya menimbulkan pelbagai pertikaian dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.

Kenapa Si Wan Azizah tu tak nak masuk campur dalam kemelut yang melanda? Kenapa dia seolah - olah hanya menjadi PATUNG sedangkan dia dianggap Ketua kepada Pakatan Haprak tu?

ATAU, adakah Si Wan Azizah tu sendiri sudah mula muak dengan Politik Retorik yang menjadi mainan dikalangan puak DAPigs dan pemimpin partinya? Masih relevankah kedudukan Si Wan Azizah tu sebagai Ketua kepada Pakatan? Semua itu, korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Nenek jijah sudah give up aka penat lelah..bye bye

    BalasPadam
  2. Nek jah...elok buat amal ibadat je..supaya hati lebih tenang..ajak anak2 sekali...dendam kesumat mereka terpancar pd rupa depa...hilang 'NUR'.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping