Jumaat, April 29, 2016

Hahaha!!! Kesian betul tengok nasib yang menimpa Si Zaid Ibrahim ni. Dah la dia ni ibarat macam Katak yang suka 'Melompat' ke sana dan ke mari. Akhirnya, dia sendiri tidak diiktiraf oleh sesiapa pun.

Dulu dia masuk PKR setelah dipecat dari UMNO. Bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, kena sindir pulak dengan Tun Mahathir yang anggap dia sebagai seorang 'Kaki Kuda'.

Lepas tamat pemilihan PKR 2011, dia bertindak meninggalkan parti tu dan menubuhkan parti KITA melalui 'Rampasan Kuasa' sehingga tidak diiktiraf oleh sebilangan besar ahli - ahlinya.

Kemudian, dia keluar pulak dari parti KITA tu yang KONONnya dia bukak untuk beri laluan kepada pemimpin baru. Sekarang, terpaksa la dia mencacai menumpang kasih dengan orang lain.

Yang kelakarnya, dia cuba nak menumpang kasih dengan Tun Mahathir yang pada ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dulu mendakwa dia sebagai seorang 'Kaki Kuda'.

Kononnya, Si Zaid tu ingat, bila dia dapat duduk dibawah payung Tun Mahathir, kedudukan serta imej dia akan semakin meningkat dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Tapi ternyata, harapan dia tak kesampaian.

Sebaliknya, Si Zaid Ibrahim tu hanya dianggap sebagai 'Orang Luar' yang tak layak lansung nak masuk campur dalam segala urusan 'Hal Rumahtangga' keluarga Pakatan Haprak tu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh salah seorang wakil dari kalangan PKR yang menganggap Si Zaid Ibrahim tu suka 'menyibuk' ditepi kain orang dalam cubaannya untuk menghasut DAPigs.

Katanya, Si Zaid Ibrahim tu sebelum ini mengeluarkan undangan kepada Lim Kit Siang ke satu majlis jamuan makan malam dan mendesak Punah-Sihat DAPigs tu melupakan perjanjian dengan PKR.

Maka sebab itulah pemimpin PKR tu marah sangat dengan tindakan yang dilakukan oleh Si Zaid Ibrahim tu dan menganggap dia sebagai 'Batu Ronson' yang cuba melaga - lagakan parti itu dengan DAPigs.
"Tidak perlu campur itu urusan keluarga kami. Kita fokus pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ini. Jadi ada apa-apa kita bincang (selepas) 7 Mei ini.
"Untuk dia meletakkan satu pandangan itu saya kira (dia) tidak perlu campur urusan keluarga Pakatan Harapan ini. Biar kami selesaikan masalah kami dengan cara terbaik," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Apa yang jelas, kenyataan dikeluarkan oleh wakil PKR tu membuktikan bahawa kedudukan Si Zaid Ibrahim tu sampai ke hari ini Tidak Diiktiraf oleh mana - mana pihak. Maka terpaksa la dia jadi macam 'Melukut Ditepian Gantang'!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. eloklah zaid dok diam2....tak usah sibuk dgn politik lgi.

    BalasPadam
  2. Ni lagi sorang... kononnya lawyer... layak jadi loyar buruk aje lah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping