Ahad, April 24, 2016

Apa yang nak diulas kalau cerita yang disampaikan itu tak benar - benar sahih? Heran jugak dengan ssetengah pemberitaan ni. Nak cari isu sensasi sokmo diorang ni walaupun dari sumber tak sah.

Dan yang lebih herannya, ada yang tulis terang - terang "Dari sumber yang tidak sah". Pun ada juga yang boleh percaya dengan jenis pemberitaan sedemikian? Memang pelik sungguh.

Jadi, tak heran la sekiranya MB Terengganu ni enggan menjawab spekulasi yang sedang hangat diperkatakan didalam laman media sosial hari ini. Sumber sah pun tak de, nak ulas apa lagi ye tak? Itu, sendiri pun boleh fikir!!!
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya, lapor Berita Harian. 

Beliau hanya mengucapkan ringkas 'terima kasih' dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu. 

Portal itu berkata, setakat ini Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu. Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan. 

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015. 

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu. 

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu. 


Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini.
Categories:

3 ulasan:

  1. Kalau tak betul tentu MB akan menafikan...bila tak mahu jawab tu mungkin ada benarnya angin yg bertiup.

    BalasPadam
  2. Penulis ni macam budak tadika...

    Kata menulis pasal politik tapi tak faham orang politik.

    Orang politik adalah orang yg suka publisiti. Mana2 cerita yg baik utk darinya... cerita yang keluar cukup besar walaupon bendenya kecik aje.

    Tapi kalau cerita yg kena batang hidung sendiri... menikus, senyap bahkan sanggup berbohong dan spin cerita tu dan paling tidak cuba nak cover-up dengan cerita lain terutamanya salahkan orang lain.

    So...faham-faham le. Jangan jadi penulis yang tak ada etika dan prinsip.

    Maaf atas teguran.

    BalasPadam
  3. Ko betul. Penulis pun betul.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping