Selasa, April 26, 2016

Hahaha!!! Makin hari makin bertambah lawak tengok kemelut Politik Retorik dikalangan puak Pakatan Haprak ni. Belum dapat memerintah, macam - macam masalah yang dah timbul.

Nampak sangat dakwaan kononnya puak Pakatan Haprak ni semakin bertambah kuat dan sehaluan selepas berjaya menyingkirkan PAS hanya sekadar satu omongan kosong mereka belaka.

Apa yang jelas, diantara mereka sendiri pun tidak wujud kesepakatan yang jelas bagi menentukan hala tuju mereka. Masing - masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri je.

Tak cukup dengan tindakan cuba nak menyembunyikan perebutan kerusi diantara DAPigs dan PKR, kini lembaran baru dalam perbalahan dikalangan Pakatan Haprak tu semakin sengit.

Ianya berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil parti 'KUALI' pimpinan Si Mat Sabu tu yang jelas menyindir kelayakan calon dari PKR yang ditolak borang pencalonannya semalam.

Katanya, wakil calon yang diketengahkan oleh mereka semuanya layak bertanding, diisytiharkan sebagai tidak bankrap dan tidak mempunyai sebarang masalah serta rekod jenayah.
“Biro Undang-Undang PAN berpuas hati dengan perjalanan PRN Sarawak setakat proses penamaan calon yang dijalankan pagi tadi. Bagi kesemua calon PAN yang bertanding di 13 kerusi DUN, mereka tidak mempunyai sebarang masalah daripada segi kelayakan untuk dicalonkan bertanding di kerusi DUN masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagi sesetengah pihak, kenyataan itu merujuk kepada calon mewakili PKR yang dilaporkan tidak layak untuk bertanding di kerusi N82 Bukit Sari dan menyaksikan Barisan Nasional menang percuma.

Turut dilaporkan, calon yang mewakili PKR itu lansung tidak hadir pada sesi penamaan calon yang telah diadakan semalam dan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan rakyat.
“Calon (PKR) N82 Bukit Sari tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan. Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada jawatankuasa displin (PKR),” jelas wakil dari PKR Sarawak.
Diantara dakwaan yang dilemparkan, calon PKR tu dah kena 'Beli'. Itu alasan yang cukup 'Basi' diguna-pakai oleh puak Pakatan Haprak tu. Siapa yang beli, tak berani pulak diorang nyatakan.

Apa yang pasti, tindakan calon tersebut membuktikan bahawa Tidak Wujud kesetiaan dikalangan ahli parti itu sendiri. Pusing kot celah mana sekali pun, kalau dah namanya ahli Parti Kencing Rakyat, 'Main Belakang' tu jugak la yang menjadi amalan diorang!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping