Selasa, April 26, 2016

Hahaha!!! Memang tidak dapat nak dinafikan lagi apabila kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini hanya sekadar membuktikan yang dia tengah 'Angau Kuasa'.

Ada hati kononnya Si Azmin tu nak menipu rakyat dengan menafikan wujudnya perebutan kawasan diantara PKR dan DAPigs di Sarawak. Walhal bendanya berlaku depan mata secara terang - terangan.

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak hari ini membuktikan bahawa wujudnya kepincangan dikalangan puak Pakatan Haprak tu. Ternyata sesama diorang pun tak boleh capai kata sepakat.

Kalau dah nak tentukan calon dan membahagikan kerusi pun diorang tak mampu nak lakukan, bagaimana mungkin diorang boleh membentuk sebuah Kerajaan yang kelak menjadi sandaran rakyat?

Dari senarai kerusi yang dipertandingkan hari ini, hampir 10 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertembungan tiga penjuru diantara Barisan Nasional, PKR dan DAPigs.

Jumlah perebutan kerusi itu dianggarkan berganda dari jumlah asal yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu sebanyak 5 kerusi yang didakwa bertindih diantara PKR dan DAPigs.

Selain itu, pertembungan kerusi dikalangan pembangkang juga turut berlaku diantara PAS dan parti Kuali Si Mat Sabu yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri kali ini. Diantara kerusi yang terlibat:
1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH

16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH
Apa yang jelas, tindakan Si Azmin tu cuba nak menafikan wujudnya kepincangan itu bukan sahaja sekadar untuk 'MENIPUrakyat di Sarawak, bahkan diseluruh dunia dengan dakyah pembohongan yang dilakukannya. Akhirnya, kemaluan dia juga yang terdedah!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping