Walaupun Kerajaan Barisan Nasional Sarawak tidak membenarkan UMNO bertapak di Negeri itu, ianya tidak mengubahkan keadaan pun. Sarawak tetap juga diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Itu hakikat yang memang sukar dihadam oleh puak Pakatan Haprak tu. Maka disebabkan itu diorang mula mengadu domba dan cuba nak melaga - lagakan UMNO dengan Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak.
Dek kerana ketandusan idea untuk mendapatkan sokongan rakyat, maka terpaksa la puak Pakatan Haprak tu menjaja cerita BODOH mereka tu bagi meraih undi dari penduduk di Sarawak.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, UMNO tidak akan mencampuri urusan pentadbiran yang kini dikendalikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Menteri Kerja Raya itu turut yakin bahawa UMNO percaya kepada Kerajaan Sarawak yang dipilih rakyat itu mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik walaupun tanpa penglibatan mereka.
"Itu sudah dipersetujui oleh, memang sudah diumumkan. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) pun sudah umumkan Umno tidak akan masuk ke Sarawak, sebab mereka berkeyakinan bahawa Sarawak memang telah ditabdir urus dengan baik dibawah komponen Barisan Nasional Negeri Sarawak bersama PBB, SUPP, PRS dan SPDP," katanya kepada Antarapos.
Fadilah berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau akan meletakkan jawatan sekiranya UMNO dibawa masuk ke Negeri berkenaan.
Tegas beliau, isu ini sengaja dimainkan oleh pembangkang untuk dijadikan sebagai modal bagi melemahkan Barisan Nasional di Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri itu Mei depan.
"Itu adalah disebabkan mainan politik pihak pembangkang, saya kira dia (Tan Sri Adenan Satem) memang tidak ada perundingan apa sekali pun untuk membawa Umno ke Sarawak sebab ini memang sudah dipersetujui," jelas Fadilah lagi.
Baginya, kerjasama antara tiga parti tunjang BN di Sarawak - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sudah menguatkan barisan kepimpinan negeri Sarawak.
Apa yang pasti, tindakan puak Pakatan Haprak tu menjaja dakyah pembohongan itu hanya sekadar untuk menutup perbalahan sesama mereka sendiri. Kot ye pun diorang dah bangkrap idea nak berkempen, tak payah la nak melaga - lagakan orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.