Jumaat, April 22, 2016

Hahaha!!! Bila terbaca tajuk artikel yang dikeluarkan melalui blog yang Pro kepada parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu ni pun kita dah boleh agak dah apa yang sedang cuba dilakukannya.

Tak lain tak bukan, blog tu cuba nak mengampu Si Husam Musa agar meninggalkan PAS dan menyertai gerakan parti Kuali yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu. Mungkin itu yang cuba dilakukan.

Tapi, taktik yang digunakan untuk mengampu Si Husam ni agak keterlaluan. Melampau sangat cara blog tu nak menghasut agar Si Husam bertindak menjadi Pengkhianat seperti Si Mat Sabu.

Sampai tahap, sanggup dikitar semula kenyataan yang pernah dibuat oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz semata - mata nak merayu sokongan Si Husam tu kepada mereka.

Jelas blog tersebut, ia teringat pesanan yang ditinggalkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang didakwa memberikan justifikasi mengenai kewujudan Husam didalam arus Politik di Kelantan.
GB teringat akan kata-kata Allahyarham TGNA, "Husam bukan sahaja Allah Ta'ala buat untuk Kelantan, tapi untuk Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.
Herannya, jika benar Husam itu dijadikan bukan sahaja untuk Kelantan, bahkan untuk Malaysia, kenapa dia tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan Nik Aziz?

Padahal, cadangan nama untuk menggantikan jawatan Menteri Besar Kelantan tu dilakukan sendiri oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Maka persoalannya, kenapa Nik Aziz tidak menamakan Husam sebagai penggantinya?

Nampak sangat kenyataan yang didalam blog tersebut hanya sekadar satu usaha terdesak yang terpaksa dilakukan oleh penyokong parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu untuk mendapatkan sokongan.

Dah ketandusan idea sangat dah diorang ni nak meraih sokongan dari kalangan pengikut - pengikut PAS sehingga terpaksa mengitar semula kenyataan Allahyarham Nik Aziz sedemikian rupa. Kot ye pun diorang nak mengampu Si Husam tu, jangan la melampau sangat!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. HUSEY MUSE TIPU NIK AJIH ATAH DARAT KERING2.MUJOR NIK AJIH DEY SEDAR DARI LAMUNAN PANJEY.

    BalasPadam
  2. Ye ke? Kot Allah buat dia hanya semata untok menyetubuhi isteri dia saja kot?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping