Wah!!! Nampak gayanya, amalan 'Gengsterisme' dalam Pakatan Haprak ni dah semakin menular dan semakin menjadi - jadi. Itu menunjukkan yang puak Pakatan Haprak ni suka langgar undang - undang.
Sebelum munculnya "Gengster Kopi" yang dikaitkan dengan Guan Eng berikutan ugutan yang dibuat terhadap seorang ADUN DAPigs, pernah juga kita baca mengenai "Gengster Ayam".
Cerita pasal "Gengster Ayam" tu muncul selepas ADUN DAPigs Mentakab menerima surat ugutan dan bangkai ayam bagi menghalang dia dari merebut jawatan Pengerusi DAPigs Negeri Pahang.
Sekarang, amalan 'Gengsterisme' ni berjangkit pulak dalam Parti Keluarga Rosak apabila sebahagian daripada orang bawahan seorang ADUN dan juga pemimpin parti itu bertindak diluar batasan.
Katanya, orang bawahan ADUN terbabit bukan sahaja mengugut seorang ahli parti, bahkan dia juga turut mengugut isteri dan keluarga ahli tersebut dengan pelbagai macam ancaman yang diberikan.
Menurut laporan yang disiarkan dalam FMT, seorang ahli PKR dan isterinya merasa tidak selamat selepas didakwa menerima ugutan daripada orang bawahan pemimpin parti berkenaan.
Isteri ahli PKR, M.Kokilavaani berkata, ugutan itu dibuat selepas suaminya membuat laporan polis berhubung isu mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan di kawasan terbabit baru-baru ini.
Kokilavaani mendakwa, orang bawahan pemimpin PKR itu telah mengarahkan agar suaminya menarik balik laporan yang telah dibuat, namun, suaminya enggan untuk berbuat demikian.
Menurutnya, selepas itu, mereka kemudian telah bertindak melemparkan cat kuning ke kereta suaminya pada Jumaat lalu dan insiden itu juga telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Dakwanya lagi, selain kenderaan mereka yang telah disimbah dengan cat, suaminya juga turut menerima ugutan bunuh oleh orang bawahan pemimpin parti berkenaan dan membakar kereta mereka.
“(Dan yang terbaru) dalam pukul 3 lebih (pagi tadi), jiran saya panggil kata kereta tengah terbakar,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR berkenaan mengenai tindakan orang bawahannya itu gagal ekoran nombor telefon bimbitnya berada di luar kawasan.
Tapi percaya la. Mati hidup semula pun pemimpin parti berkenaan tidak akan mengaku dakwaan yang telah dilemparkan. Sebaliknya, dia akan kata, tindakan itu dibuat oleh orang yang dia tak kenali.
Pokok pangkalnya, amalan 'Gengsterisme' kini mula menular dikalangan puak Pakatan Haprak tu dan ianya semakin menjadi - jadi. Semuanya demi untuk mereka mengekalkan kuasa dan menjaga kepentingan Politik Peribadi semata - mata!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.