Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw membidas rakan DAPnya, Tony Pua berikutan pelbagai dakwaan Pua terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut laporan akhbar New Straits Times (NST), Tan berkata apa jua tuduhan diutarakan Pua perlu disokong bukti dan bukan sekadar cakap sahaja.
“Kalau anda tiada bukti untuk menyokong apa yang anda katakan, tak usah bercakap. Jika ada tuduhan, orang yang menuduh itu perlu kemukakan bukti,” katanya kepada NST semalam.
Dr Tan berkata wujudnya jawatankuasa itu adalah bagi mencari kebenaran bersandarkan kepada bukti dan fakta yang dibentangkan, bukan bergantung kepada dakwaan dan spekulasi semata - mata.
“PAC adalah mencari kebenaran. Jika ada sesiapa keluarkan kenyataan, tunjukkan bukti dan kita akan melakukan siasatan,” katanya.
Pua telah membuat pelbagai tuduhan terhadap 1MDB kononnya tidak telus dalam pelbagai urusniaga dengan kehilangan wang, pecah amanah dan penyelewengan. Pua, sebagaimana disebutkan Dr Tan, gagal mengemukakan sebarang bukti.
Ditanya mengenai pembocoran maklumat PAC yang dibuat kepada media asing, Dr Tan berkata Pua perlu berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia melakukan kesalahan itu.
Selasa lalu, Dr Tan meminta bukti agar ianya dapat dikemukakan sebelum sebarang dakwaan dilontarkan terhadap anggota PAC kerana membocorkan maklumat PAC mengenai 1MDB.
Manakala 1MDB pula dalam kenyataan balasnya semalam, menggesa Dr Tan mengamalkan prinsip yang sama terhadap rakan seperjuangannya, Tony Pua dalam isu yang dibangkitkan.
“Tindakan Pua mencari populariti ialah mengitar semula segala tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB. Dan apabila jawapan diberikan bersama fakta, jelas dapat membuktikan tuduhan dilontar Pua adalah salah sama sekali.
“Tetapi Pua tetap tidak mengendahkan fakta, mengubah topik dan berdiam diri untuk seketika sebelum mengitar semula tuduhan yang sama tanpa asas,” jelas 1MDB.
Apa yang jelas, tindakan Tony Pua mempersoalkan laporan Jawatankuasa PAC itu membuktikan bahawa Ahli Parlimen DAP itu bukan sahaj seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab, malah dia juga tidak mempunyai prinsip dalam menegakkan kebenaran!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.