Isnin, Mei 16, 2016

Satu status yang dimuat-naikkan laman Facebook Pemuda PKR Pulau Pinang telah membangkitkan banyak persoalan tentang penglibatan di masa hadapan beberapa pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat yang dilancarkan awal tahun ini.

Laporan tersebut yang telah diketengahkan oleh Malaysia Today, mendakwa bahawa pemimpin de facto PKR tidak gembira dengan penglibatan “melampau” beberapa pemimpin PKR dalam Deklarasi Rakyat.

Menurut laporan tersebut, Si Ketua Penipu tu menyatakan kebimbangannya melalui Wan Azizah dan beberapa pemimpin yang lain, yang membangkitkan isu tersebut pada mesyuarat biro politik pusat baru-baru ini.
“Anwar mengutuskan surat panjang lebar yang dibacakan pada mesyuarat, menyatakan kekesalan beliau dalam keterlibatan melampau PKR dan pimpinan dalam Deklarasi Rakyat.”
Dalam suratnya, Si Ketua Penipu tu telah memberikan peringatan kepada pimpinan parti untuk berhati-hati dengan helah mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.
“Memetik Shakespeare, Anwar menasihatkan: ‘beware the serpeant that stings now wears the crown’,” tulis post tersebut.
Deklarasi Rakyat yang didorong oleh gerakan Selamatkan Malaysia menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Najib Razak dan pelbagai pembaharuan institusi dalam negara ini. 

Diantara pemimpin - pemimpin PKR yang setakat ini dilihat terlalu 'Taksub' memberikan sokongan kepada deklarasi Tun Mahathir setakat ini adalah Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Tian Chua.

Si Ketua Penipu tu pada mulanya telah menyatakan sokongan terhadap usaha Tun Mahathir untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan memberikan sokongan kepada rakan - rakannya yang lain.

Namun kemudian, Si Ketua Penipu tu mengubah pendirian dengan mendakwa deklarasi Tun Mahathir itu telah gagal untuk menangani isu pembaharuan institusi untuk membawa kepada perubahan.

Terutamanya dalam kepimpinan dan masa depan negara dimana menurut kata Si Ketua Penipu tu, ianya perlu ditentukan oleh rakyat, bukan golongan "elite" pihak tertentu semata - mata.

Pendirian itu juga menjadi diantara penyebab kenapa Wan Azizah tidak turut serta dalam deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir yang disifatkan tidak dilakukan secara menyeluruh.

Pokok pangkalnya, tindakan terlalu 'Ghairah' yang ditonjolkan oleh Azmin Ali itu jelas tidak disenangi oleh kroni - kroni yang Pro kepada Wan Azizah kerana ianya membelakangkan kepentingan Politik Peribadi Si Ketua Penipu tu sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Anwat frust krn deklarasi mamak kutty tak menyebut sedikit pun utk bebaskan dia.
    Dan tiada cdgn langsung bakal pm adalah anwat.Heran....yg pernah terkena dgn mamak Kerala pon ada yg sanggup bersekongkol.
    Tak tahu siapa dikeldaikan atau menjadi keldai....hehehe

    BalasPadam
  2. Aku bukan anakmu, kau bukan bapak azwan, amin boleh buat apa yang amin suka hatila, papa boleh terus main bio bo la dalam sana. Sekarang amin sudah banyak wang amin boleh buat ape min suka ho ho ho , holicksss..relekss

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping