Isnin, Mei 16, 2016

Heh! Kalau dah namanya Sepupu kepada Si Tokong DAPigs tu, memang takde kerja lain la jawabnya. Fitnah tu dah menjadi sebahagian dari darah daging diorang anak beranak.

Ingat lagi masa tahun 1997 dulu, Si Apek Kit Siang, bapak kepada Si Tokong DAPigs tu pernah menuduh Si Ketua Penipu tu terlibat dalam aktiviti Seks Songsang dan menjadi Peliwat.

Sekarang, sepupu Si Tokong DAPigs tu pulak buat pengakuan dalam mahkamah menyatakan bahawa dia sebenarnya telah menabur fitnah terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia.

Pengakuan itu dibuat sewaktu pengurusan kes saman fitnah yang difailkan oleh YAB Perdana Menteri dan isteri terhadap Ahli Parlimen DAPigs Taiping, Nga Kor Ming hari ini.

Pada prosiding di hadapan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid,  peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor Ming.

Chie Sian berkata, gambar yang dimuat naik berserta status 'Siapa PM Malaysia yang sebenar, Jawab!' diambil di China ketika Perdana Menteri dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.
"Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar daripada konteks. Saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan berjanji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu Mohd  Hafarizam memberitahu mahkamah, pihaknya menerima kenyataan kesal itu berdasarkan keikhlasan defendan menarik balik status bergambar itu dan akujanji untuk tidak mengulanginya.

Hakim kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman berkenaan yang dibuat atas kapasiti peribadi berhubung tindakan Kor Ming yang didakwa memuat naik status memfitnah mereka berdua di laman Facebook miliknya.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 11 Jun tahun lalu, Najib dan Rosmah mendakwa pada 29 Mac tahun lalu, Kor Ming memuat naik gambar mereka berdua berserta status dalam akaun Facebook atas namanya.

Dalam erti kata mudahnya, pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak ni memang tak reti buat kerja lain selain dari menabur fitnah demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Hakikatnya, orang macam ni memang Tak Layak jadi pemimpin!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Patutla pembangkang suka fitnah pm sbb tau nanti pm akan maafkan..xpelah pm ikut suka pm la..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping