Jumaat, Mei 20, 2016

Apa yang pasti, bekas Ketua Pembangkang ni sebenarnya sudah terlalu banyak keistimewaan yang diberikan kepadanya selama dia berada dalam tahanan penjara Sungai Buloh.

Kalau hendak dibandingkan dengan para banduan yang lain, memang sah diorang takkan dapat merasa layanan istimewa seperti mana yang dinikmati oleh Si Ketua Penipu tu secara peribadi.

Sejak isu mengenai surat panjang lebar yang ditulis oleh Si Ketua Penipu tu didedahkan kepada umum, ianya bukan sahaja menyebabkan PKR berada dalam keadaan kucar kacir dan berantakan.

Bahkan kewujudan mengenai surat itu secara umum juga turut menjadi persoalan yang cukup hangat diperkatakan dikalangan rakyat, "Bagaimana Surat tu boleh terlepas keluar?"

Menurut kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata mengikut Akta Penjara 1995, sesiapa sahaja yang menyeludup atau cuba menyeludup barang larangan masuk atau keluar dari penjara boleh dianggap sebagai satu kesalahan.

Perkara tersebut merujuk kepada tindakan individu yang berkenaan yang telah membawa keluar surat tersebut dari penjara dianggap sebagai satu kesalahan dan ianya boleh diambil tindakan.

Akta Penjara memperuntukkan barang larangan yang dibawa masuk atau keluar adalah dadah, wang atau arak dan termasuk alat atau artikel seperti ditetapkan komisioner jeneral dari semasa ke semasa.

Dalam erti kata lainnya, Si Ketua Penipu tu telah diberi layanan yang terlalu istimewa kerana dengan sewenang-wenangnya individu yang terlibat boleh membawa keluar surat berkenaan dengan mudah sekali tanpa kawalan ketat.

Malah Si Ketua Penipu tu juga dilayan dengan cukup manja apabila dia boleh berhubung dengan ahli keluarga dan peguamnya dengan kerap, sehingga memungkinkan penyeludupan keluar surat berkenaan.
“Sepatutnya kena ada siasatan, tetapi surat sudah pun keluar… Jabatan Penjara perlu berhati-hati selepas ini, Bila banyak perhubungan antara keluarga, peguam dan pihak lain, ada banyak peluang surat itu boleh dibawa keluar,” katanya.
Sebelum ini, Si Ketua Penipu tu dilaporkan telah menulis sepucuk surat kepada pimpinan PKR yang mendakwa deklarasi yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai agenda yang bersifat peribadi.

Sekiranya benar membawa surat itu dianggap sebagai satu kesalahan, maka Si Wan Azizah tu perlu tampil dan membuat penjelasan secara terbuka sebab dia jugak yang mendedahkan kewujudan surat itu secara terbuka dalam satu program baru - baru ini!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Lepas ini jika banduan mohon keistemewaan yg sama...jgn kata tak boleh..bnyk preceding case..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping