Jumaat, Mei 20, 2016

Seperti mana yang sudah didedahkan selama hari ini, ternyata puak Pakatan Haprak tu hanya mempermainkan Tun Mahathir melalui sokongan mereka kepada deklarasi yang diketuainya.

Kalau selama ini, kepimpinan PKR agak kekal konsisten menjarakkan diri dari memberi sebarang komitmen sepenuhnya untuk menyokong gerakan yang terajui oleh Mantan Perdana Menteri itu.

Kemudian baru - baru ini, pendirian beberapa orang pemimpin DAPigs yang ternyata tidak menyebelahi gerakan tersebut dan menyifatkan Tun sebagai orang Terakhir untuk mereka jalinkan kerjasama.

Sekarang sekutu kuat Pakatan Haprak tu pula tampil menyatakan bahawa mereka tetap kekal menjadi kumpulan yang Anti-Deklarasi biarpun kebanyakkan pemimpin Pakatan menyokongnya.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menegaskan `deklarasi rakyat’ bukan sebuah deklarasi yang mewakili kepentingan rakyat sebaliknya sebuah deklarasi yang memperjuangkan kepentingan peribadi pihak tertentu terutama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agungnya, S.Arutchelvan berkata, rakyat tidak perlu menyokong deklarasi itu kerana ia hanya mengemukakan sebanyak 36 rintihan-rintihan peribadi Mahathir ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut memberi contoh deklarasi itu tidak mementingkan rakyat apabila anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz mendakwa `deklarasi rakyat’ itu kononnya untuk menyelamatkan UMNO, manakala Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata deklarasi itu tidak lengkap kerana tidak memasukkan soal kebebasan suaminya.
“Kami anti `deklarasi rakyat’. Deklarasi ini bukan deklarasi rakyat kerana ia cuma hasil perbincangan sebilangan kecil pihak dengan Mahathir. Deklarasi ini tidak akan merubah apa-apa.
“Ini adalah deklarasi bersifat peribadi, bukan berbincang dengan rakyat. Ini adalah polisi dari atas ke bawah bukan dari bawah ke atas. Deklarasi ini cetek dan cacat,” tegasnya dalam satu Debat Perdana:Deklarasi – Mana Pergi Rakyat? di sini baru-baru ini.
PSM merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat sebelum gabungan parti pembangkang itu berpecah pada tahun lalu akibat perbalahan diantara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu akidah Islam.

Arutchelvan seterusnya berkata, beliau kesal kerana Pakatan Harapan mengangkat Mahathir sebagai pejuang rakyat sedangkan bekas Perdana Menteri itu didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab menghancurkan institusi negara.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping