Khamis, Mei 19, 2016

Heh! Nampak gayanya, Si Menteri Besar Selangor tu seolah - olah seperti terperangkap dalam jerat yang dipasangnya sendiri sehingga membuatkan dia terkedu seketika bila menjawab soalan.

Dengar kata, Si Menteri Besar Selangor tu kelihatan agak tersentak sedikit apabila pihak wartawan mengajukan soalan 'Panas' kepada dia untuk mengulas mengenai isu Surat dari Sungai Buloh Hq.

Si Menteri Besar Selangor tu katanya seperti tercari - cari jawapan sebelum dia mampu untuk menjawab soalan tersebut sewaktu ditanya dalam satu sidang media yang diadakan semalam.

Hanya jawapan pendek dan ringkas sahaja yang dapat diberikan oleh Si Menteri Besar Selangor tu bagi menyelamatkan dirinya dengan mempergunakan semula ayat Presiden PKR.
"Saya amat bersetuju dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa ini adalah perkara dalaman dan kita tidak perlu membincangkannya di secara terbuka," kata Timbalan Presiden PKR itu.
Aik? Takkan itu je respon yang diberikan oleh Si Menteri Besar Selangor tu mengenai isu tersebut sedangkan selama ini dia cukup lantang bersuara dan memberikan jawapan yang panjang lebar?

Yang menjadi persoalannya, kenapa kali ini Si Menteri Besar Selangor tu boleh pulak "Bersetuju" dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden sedangkan selama ini hari ini dia engkar?

Secara umumnya, semua orang tau bahawa pendirian yang dibuat oleh Wan Azizah dan keluarga Si Ketua Penipu tu cukup jelas mengenai hubungan diantara PKR dengan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Bahkan selama hari ini, keluarga Si Ketua Penipu tu konsisten menyifatkan gerakan deklarasi itu hanya bersifat peribadi dan Mantan Perdana Menteri itu bukan seorang yang boleh dipercayai.

Tapi kenapa Si Menteri Besar Selangor tu dilihat semakin hari semakin taksub dan ghairah memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir?

Tidakkah tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor itu menimbulkan keraguan dan membuatkan ahli dikalangan PKR sendiri curiga dengan langkah yang diambilnya?

Dan tambah mencurigakan bagi rakyat, sejak bila pulak isu mengenai surat panjang lebar dari Sungai Buloh Hq tu hanya menjadi isu dalaman dan tidak boleh dibincangkan secara terbuka?

Bukan ke Si Wan Azizah tu jugak yang memberikan intipati surat itu dalam ucapannya sewaktu menghadiri satu program terbuka yang diadakan di Permatang Pauh baru - baru ini?

Masa tu, boleh pulak isu pasal surat tu dibuat secara terbuka? Kenapa bila isu tu dah menjadi hangat dan dipertikaikan dipelbagai peringkat, baru diorang cuba nak merahsiakannya?

Kan nampak sangat betapa RETORIKnya amalan Politik yang cuba ditonjolkan oleh puak PKR tu sendiri. Apa yang pasti, puak PKR ni hanya ibarat seperti nak sembunyikan "Pekung Bernanah" dari rakyat. Tapi diorang lupa, bau busuk Pekung tu dah tersebar merata!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ok juga lah tu, pendek tetapi tepat jawapannya.

    Najib ada berani buat sidang akhbar, ada berani ditanya wartawan?

    lu pikir sendiri la woi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping