Khamis, Mei 12, 2016

Heh! Nampak gayanya, Si Azmin ni masih tak serik - serik lagi melakukan Pengkhianatan terbuka terhadap Presiden PKR tu. Sekali lagi dia tunjukkan sikap biadapnya secara terang - terangan.

Sudah acap kali kita dengar cerita yang Si Menteri Besar Selangor ni semakin Angkuh bertindak sesuka hati tanpa mendapatkan sebarang konsensus dari Presiden parti terlebih dahulu.

Jika sebelum ini, Si Azmin tu bertindak melangkaui Presiden apabila dia sesuka hati je memberikan mandat kepada calon PKR untuk bertanding dikerusi yang ditandingi oleh DAPigs.

Kemudian, bila dah mengalami kekalahan yang cukup memalukan, Si Azmin tu kembali melakukan Pengkhianatan terhadap Pakatan dengan memujuk PAS untuk kembali menyeratai mereka.

Kali ini, Si Azmin tu sekali lagi mengulangi Pengkhianatan bukan sahaja terhadap Wan Azizah, malah terhadap perjuangan PKR itu sendiri bila dia nak menganjurkan Perhimpunan dengan Tun Mahathir.

Perkara itu telah pun dimaklumkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu dalam ruangan laman media sosial Facebook peribadi miliknya dengan membariskan beberapa orang lagi pemimpin luar.
“Himpunan selamatkan Malaysia peringkat Selangor disertai Mahathir, Mat Sabu, Datuk Iskandar Samad, Datuk. S. Ambiga, Hishamuddin Rais dan Syed Sadiq. Semua dijemput hadir,” katanya ringkas.
Rakyat secara umumnya mengetahui pendirian Wan Azizah dan sebilangan besar pimpinan PKR yang menolak sebarang bentuk kerjasama dalam deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir itu.

Ternyata, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin tu terus melukakan Wan Azizah serta keluarga Si Ketua Penipu tu yang selama ini mendakwa diri mereka telah dizalimi oleh Tun Mahathir.

Apa yang jelas, keghairahan Si Azmin tu nak menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan sokongan Tun Mahathir semakin menjadi - jadi sehingga membuatkan dia sanggup menjadi seorang Pengkhianat kepada dasar perjuangan PKR secara terang - terangan!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Mahdey nak jatuhkan najib atau nak pecahbelahkan pakatan.

    BalasPadam
  2. Kalau tak saya, adik saya azwan, bujang terlajak laris. Wan azizah dan anwar perlu mengundur diri dah tak releven lagi.

    BalasPadam
  3. 2 dalam 1. Dia seorang yang tactical....!!!!

    BalasPadam
  4. Dia tak pasti yg mana satu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping