Selasa, Mei 10, 2016

Menjelang Hari Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 70 esok, hari ni kita keluarkan satu peringatan kepada semua ahli UMNO sama ada yang berada diatas atau pun yang berada dibawah.

Sedar atau pun tidak, UMNO dah buang 2 tahun begitu sahaja tanpa ada sebarang peningkatan yang dilakukan sama ada secara dalaman atau pun luaran. Itu hakikat yang perlu diterima.

Tukar pemimpin, buang orang itu dan ini bukannya dianggap sebagai satu pembaharuan. Terlampau banyak Politiking yang UMNO buat sejak dua tahun kebelakangan ini. Realitinya UMNO masih tidur.

Kalau kita tengok, gerak kerja orang UMNO pun masih ketinggalan dengan puak pembangkang. Bahkan dikebanyakkan tempat, UMNO ni dah jauh ditinggalkan dari segi gerak kerja.

Pembangkang hari - hari buat ceramah, UMNO masih goyang kaki. Pembangkang hari - hari buat daftar pemilih baru, tapi UMNO masih tidur. Takde apa yang boleh dibanggakan dengan UMNO hari ini.

Kalau tahun lepas, mungkin kita boleh terima alasan UMNO berada dalam keadaan tunggang terbalik. Tapi takkan dah masuk 70 tahun ni pun UMNO masih tunggang langgang?

Bagi sesetengah tempat, kalau kita semak daftar pemilih barunya, semakin hari semakin besar jurangnya. Semakin jauh orang Melayu ditinggalkan dari membuat pendaftaran. Kenapa?

Adakah orang Melayu ni semakin hari semakin sikit bilangannya di Malaysia sehingga kaum lain boleh mengatasi orang Melayu lebih ramai dikawasan tersebut? Orang Melayu ni tak beranak ke?

Kalau ikutkan statistik sebelum ini, takde kawasan yang mana kaum lain menguasainya secara penuh. Dan tak banyak juga kawasan yang bilangan kaum lain tu lebih dari 50 peratus.

Tapi hari ini, banyak kawasan yang dah berubah. Jumlah orang Bukan Melayu dah hampir menyamai bilangan orang Melayu dikawasan tu sendiri. Apakah itu pun orang Melayu masih tak sedar?

Misal contoh, ada satu kawasan, bilangan yang berdaftar pemilihnya seramai 27,832 orang Melayu. Manakala pengundi Cina pulak adalah seramai 27,299. Kurang 0.85 peratus je lagi nak sama dengan Melayu!

Maknanya bagi kawasan tersebut, kalau pengundi Cinanya meningkat lagi 1 peratus, maka kaum itu lebih dominan dari orang Melayu. Bila keadaan itu berlaku, Melayu nak ambik balik pun payah.

Itu realiti yang perlu orang Melayu sedar. Tapi MALANGnya, orang UMNO ni masih lagi tidur. Yang kaya terus dengan kekayaannya. Lepas tukar kereta, tukar kereta lagi. Tapi kerja satu hapah pun tak buat. Penyudahnya, anak bangsa sendiri jugak yang MEREMPAT!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Masalahnya semua orang pikir diri sendiri saja. Cuba ikut Presiden. Ini masa mau kuat. Ini masa juga kena baik dgn PAS. Bila Preaiden cuba buat baik dgn PAS, banyak pulak yg kutuk. Ingat musuh adalah DAP dan talibarut mereka yakni PKR dan PAN

    BalasPadam
  2. Reputasi President kelaut....siapa nak ikut!!!

    BalasPadam
  3. Umno ni nampak gayanya akan mati dalam tidur

    BalasPadam
  4. InsyaAllah walaupun tidur..orang Melayu tetap akan pangkah.Umno kerana Umno dan Bn boleh dipercayai orang Melayu tak mungkin pilih Dap apalagi yang bertali barut dengan Dap...kerana orang Melayu walau duduk di felda tahu Dap dan parti Pkr atau Pan adalah parti yang tidak ikhlas dan suka putarbelit..contohnya kes di penang.dan selangor...janji dulu..mcm2 dah dapat.semuanya...tak ditepati...pemimpin tertinggi...kuat rasuah..contoh.ketara guan eng dan azmin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping