Ahad, Mei 15, 2016

Presiden PAS hari ini mengingatkan DAP, PAN dan PKR agar me­ngukur baju di badan sendiri sekiranya berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bulan depan.

Pada masa sama beliau juga me­negaskan kedua-dua kerusi Parlimen tersebut merupakan kerusi tradisi PAS dan meminta ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang baharu itu supaya melupakan hasrat untuk bertanding.

Beliau berkata, PAS mempunyai kekuatan dan sejak dari tahun 1959 lagi parti itu telah bertanding di dua kerusi tersebut dengan setiap kali pilihan raya undi serta sokongan yang diperoleh terus meningkat.
“PAS berpijak di bumi yang nya­ta, di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kita mempunyai akar umbi, kawasan dan cawangan yang ba­nyak. Oleh itu kita tidak mempu­nyai masalah untuk merampas dua kerusi Parlimen tersebut.
“Sepatutnya semua pihak yang mahu perubahan di negara ini menghormati kedudukan PAS, jangan be­rebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke-44 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.
Perbalahan parti-parti pembangkang dalam soal siapa sepatutnya bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin ketara apabila semalam parti serpihan PAS, PAN bercadang meletakkan calonnya bertanding di kedua-dua kerusi tersebut.

Bagaimanapun Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata, pendirian rasmi parti itu hanya akan diputuskan selepas perbincangan dengan PKR dan DAP dalam mesyuarat Majlis Pre­siden pakatan pembangkang esok.

Kedua-dua kerusi tersebut kosong berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK tersebut hanya akan memecahkan undi selain memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelawaan Timbalan Pre­siden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya Pas kembali bersama DAP dan PKR, Abdul Hadi menegaskan, parti itu tidak akan bergantung dengan pakatan pembangkang baharu.
“Kita tidak akan berharap kepada Pakatan Harapan. Apatah lagi setelah pakatan tersebut kecundang di Sarawak. Sudah menerima nasib yang malang di Bumi Kenyalang,” sindir Abdul Hadi.
Hadi juga memberitahu, Pas akan menggunakan pendekatan politik damai dalam menghadapi PRK Parlimen Sungai Besar serta Kuala Kangsar dan pendekatan tersebut juga akan diguna pakai parti itu pada masa-masa akan datang.

Beliau berkata, politik damai adalah bersesuaian dengan budaya masyarakat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kalau PAS bertanding sendirian tanpa bergaul dengan Parti Kelentong Rakyat, DAPpigs dan PANt*t, undi aku akan ke PAS. Aku nak ajaq Lahanun Bugis dan pemakan dedak dia tu kao2....

    BalasPadam
  2. Pas juga kena ukur badan sendiri jugak. Jgn hanya suruh org lain. Jika pas lawan satu dgn satu dgn umno,, akan kalah juga. Pertama kerana cina bn yg pada pru 13 beri undi kpd pas akan sokong bn semula kerana dah sayang umno balik. Mahu tak sayangnya, berapa billion umno terpaksa jamu cina serawak sebelum Prn serawak. Manakala cina Dap dan pkr akan boikot. Takkan nak sokong lagi setelah putus hubungan dan jelas pas nak hudud dan mereka menentang. Undi melayu umno kekal bersama umno walaupun umno terpalit dgn pelbagai skandal. Undi org pas berpecah kpd PAN imayam lagi. Jadi, mcmna pas nak menang. elok pas tolong umno saja, biar bunga2 perpaduan tu berputik dan bermula di Prk kali ini.

    BalasPadam
  3. Hmm. Puasa dah hampir, jgn saudara seugama djdikan musuh. Bila tiba masanya tiada guna politik dunia ni. Kpd TDM aku hormat tpi bila dh dia bergabung dgn parti aku pling benci, tiada lgi sokongan hya doa kpd mu ya Allah ....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping