Siapa tak kenal dengan Timbalan Presiden PKR yang sejak akhir - akhir ini sering kali dilhat selalu membuat onar untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri semata - mata.
Selepas pertindihan kerusi di Pilihan Raya Negeri Sarawak yang membawa kekalahan teruk dan juga diluar jangkaan, Azmin Ali dikatakan sudah mula membuat percaturan baru untuk merealisasikan impiannya.
Salah satu cadangan yang disarankan oleh Si Menteri Besar Selangor tu adalah untuk menggabungkan semula semua parti pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Walaubagaimana pun, saranan dan cadangan yang diberikan oleh Si Azmin tu ternyata tidak disenangi oleh pelbagai pihak dan ianya ditolak mentah - mentah berdasarkan kepada beberapa kenyataan sebelum ini.
Sebaliknya Azmin dianggap cuma ‘berlakon suci’ melalui cadangannya untuk bersama - sama bagi meraih undi dan seterusnya memenangi dua kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Bagi parti serpihan PAS iaitu AMANAH, mereka tidak mahu sejarah di Sarawak berulang. Rakyat juga tidak akan percaya dengan politik kucar kacir yang dibawa pemimpin Pakatan Harapan.
“Sukar untuk rakyat menerima pemimpin yang telah mengecewakan mereka dengan tindakan melulu, dengan membenarkan pertandingan sesama Pakatan Harapan dalam PRN Sarawak yang lalu kini ‘berlakon suci’ pula.., kononnya mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan PAS “.
“Apakah mesej politik yang mahu dihantar pemimpin ini sebenarnya? Terus mahu mengucar-kacir pakatan harapan atau apa?“ kata Sany Hamzan Ketua Pemuda PAN.
Selain itu, tujuan utama si Azmin adalah mahu mengekalkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan menunjukkan seolah - olah dia lebih layak memimpin Pakatan Haprak tu.
Hakikatnya, Si Azmin tu sedar, jika sokongan ahli PAS berkurang, ia dapat menjejaskan kedudukan Azmin dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan hasratnya untuk jadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.
Hal ini telah membuka mata Azmin untuk menghalang AMANAH dari bertanding dengan PAS dalam Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar.
Dari satu sudut, nampak sangat busuk sungguh hati si Azmin ni kerana selalu memikirkan perihal kepentingan Politik Peribadinya sahaja berbanding keutamaan kepada Pakatan Haprak tu.
Jadi tak heran la sekiranya cadangan yang dibuat oleh Si Azmin tu mendapat tentangan yang cukup kuat dari parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu secara terbuka. Pokok pangkalnya, Si Azmin tu hanya setakat nak memenuhi impian dia je!!!
Itu lah,,masa krisis mb Sngor dahulu, azmin tolak pelawaan utk pujuk beberapa orang adun pkr bersama pas dan umno bentuk kerajaan perpaduan d Sngor. Tghadi ada bertemu azmin bincang soal ini, tapi azmin tunjuk setia konon dgn dap dan wazizah. La apa jadi? Azmin tak akan selamat tanpa undi dan bantuan tenaga org pas. Pan yg pengkhianat pas pun dah tikam azmin. Pan ni. Pendukung syiah. Baru2 ni ulamak pan mad awang dan ghani shamsuddin sertai persidangan ulamak anjuran Iran nak bebaskan palestin konon. Padahal Iran lah yg bantu Syria bunuh,rogol perkosa ahlussunnah saudara mara kita di sana. Pan sama sekali tak akan terima pas. Dap lebih mulia daripada pas pada penilaian pan. Syiah dgn dap kapir memang ngam lah. Lebih baik azmin jumpa pimpinan pas bincang utk bekerjasama dgn umno sahaja. Lebih bnyk faedahnya drpd terus bermusuhan. Prk ini. Satu umno bertanding, satu pkr bertanding lawan dgn pakatan haprak pan dan Dap ditambah beberapa pkr yg akan lari kepada phaprak. Org melayu pasti bersama azmin. Pas jadi penasihat kepada umno dan pkr.
BalasPadampan tak sedar diri...dia ingat dap di belakang tu kuatlah partinya...belum tentu.
BalasPadam