Hahaha!!! Lawak bangang apakah yang sedang cuba dilakonkan oleh Bekas Ahli PAS ni? Adakah dia cuba nak mem-BODOH-kan orang lain dengan membuat kenyataan sedemikian rupa?
Ingatkan, sejak kena pecat keahlian dari menjadi sebahagian dari PAS ni, minda Si Husam ni akan makin berkembang. Tapi malangnya, dia bertambah JUMUD dalam dendam peribadi.
Bahkan, sejak dipecat dari menjadi ahli, Si Husam ni seolah - olah cuba melakonkan watak 'Lelaki Suci' dengan terus memburukkan pentadbiran Rejim PAS Kelantan secara terbuka.
Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Husam ni membuktikan bahawa dia seorang yang cukup HIPOKRIT bila cuba nak berbicara soal tanggungjawab terhadap isu Alam Sekitar di Kelantan.
Kata Si Husam dalam satu sesi ceramah yang diadakan sebelum ini, satu Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan bagi menyiasat punca kepupusan kawasan balak yang sedang berlaku di Kelantan.
Antara alasan yang diberikan, Si Husam ni kata, kepupusan kawasan balak itu hanya akan menambah kerugian bagi Rejim PAS Kelantan disebabkan berlakunya pembalakan secara haram.
"Pembalakan haram atau kecurian kayu balak hanya akan mengurangkan hasil negeri dan menyebabkan pengurusan kerajaan lemah, tetapi proses kepupusan hutan akan menyebabkan berlaku perubahan ekosistem dan cuaca yang menjurus pelbagai bencana," katanya dalam sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Bachok malam tadi.
Yang herannya, kenapa bila dah takde jawatan seperti sekarang ni baru Si Husam ni sibuk nak cerita pasal isu tersebut sedangkan sewaktu dia ada jawatan dulu, dia sendiri rakus mengaut segala keuntungan?
Perkara itu dapat kita lihat dengan jelas sewaktu adanya Pilihan Raya Kecil DUN Galas sebelum ini dimana kemusnahan bukit bukau disekitar kawasan DUN tersebut melibatkan dirinya.
Pada ketika itu, Si Husam ni masih lagi menjawat jawatan sebagai salah seorang Exco Kanan dalam Rejim PAS Kelantan dan menjadi orang 'Nombor Dua' paling kuat kepada Allahyarham Nik Aziz.
Tapi, bila isu mengenai pembalakan dan alam sekitar dikawasan DUN Galas itu dibangkitkan, Si Husam ni sikit pun tak 'Bergetik'. Sebaliknya, Allahyarham Nik Aziz juga yang kena menjawabnya.
Malah secara umumnya mengetahui bahawa Si Husam ni mempunyai ramai kroni dan proksi serta memainkan peranan yang cukup besar dalam pembalakan di Negeri Kelantan tu sendiri.
Maka, tak salah jika dikatakan tindakan Si Husam tu membuktikan bahawa dia sedang bermain Politik Retorik berbaur dendam peribadi terhadap PAS. Dalam erti kata mudahnya, Si Husam nak tunjuk yang dia 'SUCI' sampai nak suruh buat siasatan DiRaja pulak!!!
si husam masa jd exco dulu pun bnyk projek yg gagal...pasal balak plk yg dibngkitkan...
BalasPadam