Selasa, Mei 31, 2016

Huh!!! Kalau dia bercakap, bagai nak roboh penyas dibuatnya. Kalau dalam dewan atau pun dalam bangunan, jangan kata pentas. Bumbung bangunan pun boleh runtuh kalau dia bercakap.

Itu la perangai haramjadah yang dimiliki oleh Si Khalid Samad ni. Dia memang cukup pandai bercakap. Mungkin sebab itu dia dipilih menjadi Pengarah Komunikasi parti KUALI Si Mat Sabu tu.

Tapi malangnya, setakat itu je la kemampuan yang dia boleh buat. Kalau nak diikutkan, bercakap ni semua orang boleh. Suruh budak sekolah tadika umur 5 hingga 6 tahun tahun pun pandai.

Kalau sebelum ini, dalam satu kenyataan, Si Khalid Samad tu beria - ia mendabik dada mengatakan bahawa parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu tak gentar nak hadapi pihak lawan.

Walaupun pertandingan 3 Penjuru bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar itu bakal menjadi kenyataan, Si Khalid Samad tu tetap optimis bahawa partinya akan mendapat kemenangan.

Pengarah Komunikasi parti KUALI Si Mat Sabu tu kata, parti itu akan meletakkan calon sesuai untuk memberikan alternatif lebih baik kerana pengundi Melayu mungkin tidak mahu mengundi BN atau PAS.
“Sebab itu, kita letakkan calon supaya beri satu alternatif yang lebih baik dan meyakinkan kepada pengundi kerana kami melihat undi Melayu belum tentu kekal pada BN.
“Kita juga yakin undi Melayu takkan pergi kepada PAS kerana mereka juga seperti BN, sebaliknya undi berkenaan pergi kepada AMANAH atau Pakatan Harapan,” katanya kepada Sinar Harian.
Malah Khalid juga berkata, dia yakin pertembungan tiga penjuru merupakan perkara yang pasti akan berlaku dalam PRK di Sungai Besar walaupun tanpa AMANAH bertanding di situ.
“AMANAH sejak kelahirannya sudah tahu soal tiga penjuru ini kemungkinan dan masalah timbul apabila PAS mempunyai satu sikap keras kerana tak mahu bekerjasama. Kalau AMANAH tak ada, tiga penjuru tetap akan berlaku sama ada dengan BN, PAS, DAP atau PKR,” katanya.
Tak kisah la sama ada Si Khalid Samad tu yakin atau tidak dengan parti dia untuk mencapai kemenangan. Pokok pangkalnya sekarang ni, bertanding dulu. Jangan setakat berkokok diluar gelanggang.

Apa yang perlu dilakukan oleh parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu pada ketika ini ialah mengumumkan nama calon yang akan mewakili parti mereka dan Pakatan Haprak tu dalam Pilihan Raya Kecil tersebut. Bukan setakat 'BERCAKAP' je macam orang hilang akal!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. pemimpin pan suka cakap besar....angkuh tpi tak ada kekuatan pun..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping